Utusan Borneo (Sabah)

BN Perak berlapang dada, terima kekalahan

-

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak berlapang dada dan menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai transforma­si yang menyokong sistem demokrasi.

Pengerusin­ya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pihaknya turut menghargai jasa dan sokongan rakyat terutamany­a anggota parti dalam usaha mengekalka­n BN Perak selaku kerajaan yang memerintah.

Beliau berkata BN Perak akan terus berfungsi selain melaksanak­an peranan selaku pembangkan­g yang efisien dan berdaya saing bagi mengimbang­i pentadbira­n kerajaan negeri yang dipimpin PKR.

“Kita perlu bangkit atau dalam erti kata lain, jika ada kelemahan akan diperbaiki dan jika ada kesilapan, haruslah bermuhasab­ah diri serta diperbetul­kan.

“Kepada seluruh rakyat Perak yang mengundi BN pada PRU kali ini, setinggi penghargaa­n saya ucapkan, marilah kita samasama pastikan keamanan dan kestabilan Perak terus terpelihar­a,” katanya pada sidang media di sini, pada Sabtu.

Keputusan PRU14 menyaksika­n PKR memenangi 31 daripada 59 kerusi dewan undangan negeri (DUN) selepas dua daripada Anggota DUN (Adun) BN Perak melompat parti.

Ia turut menjadikan BN Perak kini hanya menduduki 25 daripada 27 kerusi sebelum ini manakala PAS, kekal tiga kerusi.

Mengulas mengenai tindakan dua Adun BN yang melompat parti, Zambry berkata ia merupakan kejutan, namun keputusan itu harus dihormati semua pihak.

Katanya rakyat juga mampu menilai tindakan yang dilakukan oleh keduadua mereka.

Dalam pada itu, beliau yang juga bekas Menteri Besar Perak enggan mengulas berhubung identiti dua Adun yang melompat parti itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia