Utusan Borneo (Sabah)

Lima finalis rebut gelaran juara Sugandoi Kaamatan Telupid

- Oleh SALMAN ABADI

TELUPID: Lima peserta Sugandoi Pesta Kaamatan peringkat daerah Telupid 2018 bakal berentap pada saingan pertanding­an akhir yang diadakan pada pagi ini (13 Mei), bermula 8.30 pagi, di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Pekan Telupid.

Mereka yang layak ke peringkat akhir bagi merebut gelaran juara sugandoi Kaamatan Telupid 2018 ialah Cassandra Mew, Michelle Kasianus, Ellyanah Molinton, Velerie Paimin dan Razwan Garidi, satu-satunya peserta lelaki.

Pengerusi Jawatankua­sa Sugandoi Kaamatan daerah Telupid, Tommy Amir berkata seramai 21 peserta keseluruha­n menyertai pertanding­an itu pada tahun ini, namun hanya lima finalis dipilih selepas pertanding­an peringkat saringan.

“Pertanding­an sugandoi kali ini diakui sangat sengit di peringkat saringan lagi. Tahniah kepada yang berjaya ke final dan mereka yang kurang bernasib baik, cuba lagi pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau turut menyeru semua masyarakat di sekitar daerah Telupid agar hadir beramairam­ai untuk menyaksika­n dan memeriahka­n pertanding­an akhir tersebut.

Katanya, pemenang juara sugandoi daerah Telupid akan menerima hadiah wang tunai RM1,500, naib johan RM500 dan tempat ketiga RM400, di samping piala dan sijil, manakala saguhati (tempat ke-4 dan ke-5) masing-masing bakal menerima wang tunai RM300, piala dan sijil penyertaan.

Juara sugandoi juga sekali gus akan mewakili daerah Telupid ke Pertanding­an Sugandoi Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada 22 hingga 26 Mei di Dewan Hongkod Koisaan KDCA Penampang, Kota Kinabalu.

 ??  ?? TOMMY (lima kanan) bersama AJK Penganjur dan lima finalis Sugandoi Kaamatan Teluid 2018.
TOMMY (lima kanan) bersama AJK Penganjur dan lima finalis Sugandoi Kaamatan Teluid 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia