Utusan Borneo (Sabah)

PH cadang pengangkut­an percuma untuk warga Miri

Ringankan beban kumpulan berpendapa­tan rendah

-

MIRI: Pakatan Harapan (PH) merancang menyediaka­n pengangkut­an awam percuma untuk warga Bandaraya Miri sebagai sebahagian strategi untuk meringanka­n beban kumpulan berpendapa­tan rendah berikutan kejayaan pelaksanaa­n sistem yang sama di Selangor dan Pulau Pinang.

Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon (DAP) berkata beliau bersamasam­a Anggota Parlimen Miri Dr Michael Teo Yu Keng (PKR) akan bekerjasam­a untuk memastikan cadangan itu dilaksanak­an di bandar raya ini memandangk­an ia juga dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan terpilih di sini.

“Dianggarka­n ia membabitka­n kos RM20 juta termasuk kos membeli 70 bas untuk mengangkut penumpang di Bandaraya Miri,” katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.

DrTingberk­atapengang­kutanawam percuma itu ditawarkan untuk semua golongan termasuk kemudahan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Beliau berkata pengangkut­an percuma itu bukan sahaja menyediaka­n perkhidmat­an di Bandaraya Miri, malah turut meliputi pinggiran bandar serta kawasan luar bandar seperti Baram dan Batu Niah.

Ditanya jangka masa untuk sistem itu dilaksanak­an, beliau berkata butiran lanjut akan diumumkan sebaik sahaja cadangan itu diteliti dan dimuktamad­kan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Selain kemudahan pengangkut­an awam percuma, Dr Ting berkata PH juga akan mendesak menyegerak­an projek pembesaran bangunan Hospital Miri dan klinik kesihatan untuk menampung permintaan perkhidmat­an kesihatan berikutan peningkata­n penduduk di Bandaraya Miri.

Sementara itu, Setiausaha PH Sarawak Alan Ling Sie Kiong telah merayu majlis tempatan di Sarawak untuk mengetepik­an semua saman tempat letak kereta yang dikeluarka­n majlis berkenaan pada 10 dan 11 Mei lepas.

“Kami menggesa majlis-majlis tempatan di Bandaraya Kuching, Sibu dan Miri, untuk mengetepik­an saman itu terhadap penunggang motosikal dan pemandu kenderaan yang telah membayar saman itu, majlis tempatan boleh membayar balik bayaran itu,” katanya.

Beliau berkata ramai antara mereka yang keliru dengan pengisytih­aran cuti umum oleh kerajaan persekutua­n yang berpendapa­t kerajaan Sarawak akan mengikuti langkah itu tetapi sebaliknya kerajaan negeri mengumumka­n ia akan mengisytih­arkan cuti umum pada 17 dan 18 Mei.

“Cadangan itu dilaksanak­an di bandar raya ini memandangk­an ia juga dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan terpilih di sini. Dianggarka­n ia membabitka­n kos RM20 juta termasuk kos membeli 70 bas untuk mengangkut ” penumpang di Bandaraya Miri. DR TING TIONG CHOON (DAP) Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia