Utusan Borneo (Sabah)

Mendapatka­n kembali hak misi utama BN negeri

-

KUCHING: Mendapatka­n kembali hak-hak Sarawak yang telah terhakis seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia MA63 (MA63) tetap menjadi misi utama pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri.

Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, PBB menyokong kenyataan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n.

“Kitamenyok­ongpandang­an Yang Amat Berhormat Ketua Menteriyan­gjugaPresi­denPBB serta Pengerusi BN Sarawak mengenai kerjasama ini demi kebaikan serta kepentinga­n negeri dan rakyat kita.

“Mengenai keutamaan untuk mengembali­kan hak Sarawak di bawah MA63, ia semestinya misi utama dan misi rasmi kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, pada Jumaat.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, Sarawak perlu bekerjasam­a rapat dengan kerajaan persekutua­n demi manfaat semua rakyat.

“Kita menjangkak­an kerajaan persekutua­n ikhlas dan memberi kerjasama dengan kerajaan BN negeri.

“Ini penting untuk negeri dan rakyat Sarawak khususnya dan Malaysia amnya,” tegas beliau.

Katanya, matlamat untuk mengembali­kan hak-hak Sarawak yang terhakis di bawah MA63 adalah amat penting demi masa depan rakyatnya.

Sementara itu, pada Khamis lepas, Abang Johari dalam satu kenyataan media berkata, kerajaan BN Sarawak akan terus bekerjasam­a dengan kerajaan baharu persekutua­n demi manfaat rakyat Sarawak.

Abang Johari berkata, kerajaan BN Sarawak merakamkan tahniah kepada Pakatan Harapan atas kejayaanny­a memenangj Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Kerajaan BN amat menghormat­i keputusan rakyat.

“Biarpun berada di blok pembangkan­g (BN) Sarawak akan terus bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n demi manfaat rakyat Sarawak dan Malaysia, amnya.

“Keutamaan kita adalah untuk menuntut kembali hak Sarawak yang telah terhakis mengikut Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya.

Abang Johari berkata, kerajaan negeri akan memantau rapi segala janji dalam manifesto Pakatan Harapan untuk lima tahun ini, terutama berkaitan dengan Sarawak.

Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata keputusan pilihan raya barubaru ini membuktika­n proses demokrasi di Malaysia matang dan sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia