Utusan Borneo (Sabah)

Usaha murni bantu kanak-kanak penghidap kanser

-

SIBU: Penglibata­n dan sumbangan pelbagai pihak dalam Kempen ‘Go Bald’ dapat membantu kanak-kanak penghidap kanser menjalani kehidupan lebih baik.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King berkata, kesejahter­aan golongan yang memerlukan bantuan bergantung kepada sumbangan semua pihak.

“Ia adalah apabila kita menyedari setiap orang mempunyai peranan menjadikan masyarakat kita mengambil langkah penting ke hadapan.

“Ini membolehka­n kita membina masyarakat berdaya tahan dan semua pihak berganding bahu mewujudkan komuniti yang ambil peduli antara satu sama lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Kempen ‘Go Bald’ 2018 anjuran Pertubuhan Kanser Kanak-Kanak Sarawak (SCCS) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Sosial MPS di sini, baru-baru ini.

Seramai 32 peserta terdiri daripada kakitangan MPS, Mafrica, Jabatan Kerja Raya, Sanyan dan ahli keluarga membotakka­n kepala mereka sebagai sokongan dan keprihatin­an terhadap pesakit kanser.

Kempen itu Berjaya mengutip sumbangan sejumlah RM16,500 iaitu RM15,000disumba­ngkanoleh Pengerusi MPS, Timbalanny­a Rogayah Jamain dan kakitangan MPS, manakala RM1,500 disumbanga­nkan oleh Mafrica.

Justeru, Tiong berkata dengan menyertai kempen ini, MPS memenuhi tanggungja­wab sosial korporatny­a dan menunjukka­n mereka memberi perhatian kepada masyarakat.

“Oleh itu, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan dan sokongan.

“Sokongan anda mewujudkan harapan dan impak terhadap kanakkanak yang memerlukan dan keluarga mereka,” katanya.

 ??  ?? TIONG (kiri) mencukur rambut Pengerusi Kelab Sukan dan Sosial MPS, Tony Wong simbolik perasmian Kempen ‘Go
Bald’ sambil diperhatik­an Rogayah (kanan) serta yang lain.
TIONG (kiri) mencukur rambut Pengerusi Kelab Sukan dan Sosial MPS, Tony Wong simbolik perasmian Kempen ‘Go Bald’ sambil diperhatik­an Rogayah (kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia