Utusan Borneo (Sabah)

Denis mulakan tugas ketua JSJ Sarawak baharu

-

KUCHING: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Sarawak yang baharu SAC Denis Leong Soon Kuai memulakan tugasnya berkuat kuasa pada Jumaat selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada Datuk Dev Kumar.

Majlis serah terima tugas jawatan tersebut diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak sekitar jam 10.30 pagi disaksikan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Seri Amer Awal.

Denis dalam ucapannya berkata, kenaikan pangkatnya dan kepercayaa­n oleh kepimpinan tertinggi di Bukit Amanuntukm­engetuaiJa­batan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak adalah satu perhormata­n kepadanya.

“Juga adalah satu penghormat­an untuk berkhidmat di negeri asal saya sendiri dan saya ingin mendoakan yang terbaik bagi Dev dalam tugasan baharunya,” kata Leong yang juga pernah berkhidmat di negeri ini sebelum ini.

Beliau seterusnya berkata, JSJ Sarawak adalah sebuah pasukan yang sudah dibina dengan baik di bawah kepimpinan Dev dan sekarang adalah tanggungja­wabnya untuk meneruskan kecekapan pasukan tersebut.

Sementara itu, Dev yang akan menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti berkata beliau akan sentiasa mengingati waktu berkhidmat sebagai KJSJ Sarawak sejak 1 Julai 2015.

“Sarawak adalah negeri terbaik untuk bekerja dan kadar jenayah juga tidak membimbang­kan dan rakyatnya sangat baik, ia adalah negeri yang sangat harmoni,” kata Dev.

 ??  ?? DENIS (kanan) menerima nota serah terima tugas daripada Dev (kiri) sambil disaksikan Amer.
DENIS (kanan) menerima nota serah terima tugas daripada Dev (kiri) sambil disaksikan Amer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia