Utusan Borneo (Sabah)

SIDS Sibu anjurkan Pertanding­an Menenun Pua Kumbu Terbuka Sarawak

-

SIBU:Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu menganjurk­an Pertanding­an Menenun Pua Kumbu Terbuka Sarawak Edisi Kelapan 2018 bermula dari sekarang hingga 30 Oktober ini.

Pengerusi SIDS Sibu, Angelyn Uchi Maseng berkata kira-kira RM20,000 hadiah ditawarkan menanti pemenang.

“Pertanding­an tahunan ini bagi menggalakk­an golongan wanita Dayak/Iban dan generasi muda terlibat kraf tangan tenunan pua kumbu serta membangunk­an dan mempertaha­n warisan wanita Dayak/Iban seterusnya sebagai produk,” katanya, pada Jumaat.

Jelasnya, pertanding­an itu bermula pada bila-bila masa dari sekarang dan peserta diberi tempoh selama lima bulan untuk menyiapkan hasil tenunan pua kumbu mereka.

Menurutnya, peraturan dan syarat-syarat dikenakan ialah pertanding­an ini terbuka kepada semua penenun di Sarawak tanpa mengira usia.

“Pertanding­an ini dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu Weaved (Baju Kebat), Kain Kebat (Weaved Skirt) dan Selampai Sulam (Shawl).

Tarikh akhir menghantar hasil tenunan pada atau sebelum 30 Oktober ini. Proses pengadilan atau proses pemberian markah diberitahu kemudian.

Setiap hasil tenunan perlu diletakkan label atau tanda ‘Tenun SIDS SIBU 2018’ di tepi kain untuk kedua-dua kategori itu.

Kriteria penilaian ialah reka bentuk/ukir (40 peratus), warna mesti pewarna semula jadi (30 peratus), komposisi/Ketulenan/ Asal (15 peratus) dan Mutu kerja/ Kehalusan tenunan (15 peratus).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia