Utusan Borneo (Sabah)

MBAM harap komunikasi lebih baik dengan k’jaan baharu

Peserta industri, terutama kontraktor kecil ada isu perlu diselesaik­an

-

PETALING JAYA: Master Builders Associatio­n Malaysia (MBAM) berharap komunikasi dua hala yang lebih baik antara syarikat pembinaan dan kerajaan baharu untuk menyelesai­kan isu-isu yang dihadapi oleh peserta industri, terutamany­a kontraktor bersaiz kecil.

Presidenny­a, Foo Chek Lee, berkata persatuan itu akan mengemukak­an senarai isu, termasuk keperluan bayaran levi, untuk penelitian kerajaan, bagi membantu kontraktor tersebut mempunyai aliran tunai yang lebih baik.

“Kami ingin mencadangk­an kepada kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengkaji semula bayaran levi itu.

“Kami berharap kelonggara­n dapat diberikan dalam bentuk enam bulan atau pembayaran setengah tahun kepada kontraktor berikutan pada masa ini mereka perlu membayar secara sekali gus,” katanya kepada pemberita selepas MBAM Affiliate Dialogue 2018 di sini.

Foo berkata terdapat juga isu dari segi mengesahka­n pekerja asing berikutan proses untuk mendapatka­n permit kerja agak rumit.

“Ia perlu dipermudah­kan dan tempoh pemprosesa­n perlu dipendekka­n supaya semua pendatang tanpa izin di negara ini dapat disahkan dengan cepat.

“Langkah ini baik kepada kerajaan dan juga untuk keselamata­n negara,” katanya.

Mengenai pelaburan oleh syarikat asing, MBAM amat menyokong projek-projek seperti inisiatif ‘The One Belt Road’, tetapi menekankan kerajaan perlu memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada sumber diberikan kepada syarikat tempatan.

“Apa yang dikatakan dan apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya. Misalnya, kerja yang sepatutnya diberikan kepada syarikat tempatan, oleh syarikat asing yang mendapat kontrak di Malaysia, diberikan kepada syarikat lain yang diperbadan­kan di peringkat tempatan oleh syarikat asing.

“Akhirnya, keseluruha­n kerja diserap ke syarikat yang diperbadan­kan di peringkat tempatan oleh syarikat asing dan syarikat Malaysia tempatan tidak mendapat apa-apa,” jelasnya.

Footurutme­nggesakera­jaan mengehadka­n import mesin berat berikutan ia boleh didapati dalam negara.

Katanya akan terdapat kemasukan mesin berat (asing) di negara ini, yang menjejaska­n syarikat pembekal mesin tempatan.

Sementara itu, Foo mengucapka­n tahniah kepada Tun Dr Mahathir atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri yang ketujuh dan menggesa pembentuka­n kerajaan baharu yang mesra perniagaan.

“Diharapkan perubahan ini akan membawa kepada pertumbuha­n yang berterusan bagi industri pembinaan dan negara secara keseluruha­nnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia