Utusan Borneo (Sabah)

Mahathir mampu gahkan semula M’sia di persada dunia: Eversendai

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu yang dibentuk mampu mengemudi Malaysia di landasan tepat untuk muncul sebagai sebuah negara berpendapa­tantinggi,memacu ekonomi dan mewujudkan persekitar­an kondusif bagi merancakka­n perniagaan, kata pengasas Eversendai Corp Bhd, Tan Sri AK Nathan.

Malah, menerusi pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, akan turut menyaksika­n Malaysia untuk berada semula di persada dunia.

Beliau berkata, ramai rakyat yang sebenarnya menderita secara senyap namun tidak berani bersuara atau melakukan apa-apa pun kerana bimbang dikenakan tindakan.

Nathan juga berharap kerajaan baharu itu akan menyelesai­kan masalah akibat kebanjiran kontraktor asing yangmenjej­askanpelua­ngkerja untuk syarikat tempatan.

“Saya berharap isu-isu tersebut akan ditangani oleh peringkat atasan (kerajaan),” katanya kepada Bernama di luar acara MBAM Affiliate Dialogue 2018 di sini.

Eversendai merupakan organisasi terkemuka global yang menjalanka­n kontrak siap guna membabitka­n projek pembanguna­n bangunan tinggi, loji janakuasa, usaha huluan dan hiliran minyak dan gas termasuk kilang pemprosesa­n dan perindustr­ian serta infrastruk­tur komposit di rantau Asia dan Timur Tengah.

Mengulas selanjutny­a, Nathan berkata di kebanyakan negara, kontraktor tempatan mengalami masalah akibat prosedur atau pun dasar berkaitan dan beliau berharap perkara sedemikian dapat diatasi di Malaysia bagi membolehka­n industri pembinaan tempatan bangkit merebut peluang keemasan demi kemajuan masa depan.

Bagi Eversendai misalnya, majoriti atau 90 peratus daripada perniagaan­nya bertumpu di luar negara.

“Kami membawa nama Malaysia di luar negara tetapi masih memerlukan sokongan padu di negara sendiri agar dapat terus berkembang dengan lebih pesat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia