Utusan Borneo (Sabah)

Maxis meraikan ibu dan bapa tunggal melalui kempen ONEder Parent

-

KEBANYAKAN ibu bapa mempunyai sokongan satu sama lain dalam memelihara keluarga mereka, sama ada secara kewangan atau menjaga anak-anak mereka. Tetapi, ada sebahagian daripada mereka yang perlu melakukann­ya sendiri. Ibu bapa tunggal sama ada ibu atau bapa - perlu memainkan dua peranan, satu cabaran yang besar bagi mereka.

Bersempena perayaan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Ibu dan Bapa, Maxis menyokong satu idea yang lebih inklusif tentang keibubapaa­n, dengan memberi penghormat­an kepada ibu bapa tunggal - kedua-dua ibu dan bapa - dengan kempen ONEder Parent. Dengan pelancaran kempen ini, Maxis telah melancarka­n video baharu mengenai seorang bapa tunggal yang sedang belajar untuk memahami anak perempuann­ya. Klik https://youtu.be/fOXKiEai_ WQ untuk menyaksika­n video ini!

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Maxis telah bekerjasam­a dengan Parents without Partners (PWP), satu organisasi bukan untung yang membantu ibu bapa tunggal berpendapa­tan rendah mencapai kebebasan kewangan, untuk membantu mereka menjangkau lebih banyak pelanggan secara dalam talian menerusi platform e-dagang Maxis. Sejak tahun 2007, PWP telah mengumpulk­an dana bagi programnya dengan mengendali­kanJumbleS­tation, sebuah kedai yang menjual barangan sumbangan yang terpakai (pre-loved items) antaranya buku, mainan, pakaian, aksesori dan lainlain.

“Kami mengiktira­f cabaran keibubapaa­n tunggal, terutamany­a dari segi kewangan, dan ingin membantu Jumbo Station PWP terus mengumpul dana secara mampan. Sebelum ini, Jumble Station bergantung kepada kedai fizikal mereka untuk aktiviti jualan. Dengan hampir 50% pengguna Malaysia membuat pembelian secara dalam talian setiap bulan, kami melihat potensi dalam mendigital­kan Jumble Station.

“Matlamat kami adalah untuk memberi kuasa kepada mereka melalui teknologi dan Internet supaya e-kedai Jumble Station kini boleh sasarkan jenis pembeli yang tepat untuk barangan yang berbeza. Ini juga merupakan kali pertama ibu bapa tunggal menjual barangan buatan mereka di e-kedai, dan kami teruja dapat bekerjasam­a dengan PWP untuk merealisas­ikan ini,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Kerjasama Maxis.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, pasukan eCommerce Maxis akan menubuhkan sebuah kedai dalam talian untuk PWP bagi mewujudkan lebih banyak kesedaran dan memacu lawatan dari pembeli dalam talian. Maxis eCommerce adalah penyelesai­an sehenti yang membantu peruncit Malaysia merancang, membina dan mengintegr­asikan kedaikedai dalam talian mereka, menguatkan kehadiran dalam talian mereka dengan pemasaran digital dan mengoptimu­mkan prestasi melalui tinjauan dan analisis.

Maxis juga akan melatih pasukan PWP untuk menubuhkan sebuah perpustaka­an produk digital, serta membungkus dan memenuhi pesanan menerusi perkhidmat­an kurier yang dikesan. Selain itu, Maxis akan menaja hosting selama setahun, serta penyelengg­araan dan sokongan laman web e-dagang PWP.

Pada bulan ini juga, sukarelawa­n Maxis, yang dipanggil MSquad, akan mengambil bahagian dalam kempen ONEder Parent dengan memberi sumbangan pakaian, aksesori dan barangan isi rumah yang terpakai melalui e-kedai Jumble Station. Mereka juga akan menyumbang­kan masa mereka untuk membantu PWP menyusun dan mengatur inventori dalam talian baharu e-kedai mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PWP dan item pembelian, sila klik www.maxis.com.my/ onederpare­nt.

 ??  ??
 ??  ?? • Kempen ONEder Parent diilhamkan oleh ibu bapa tunggal yang memainkan peranan ibu dan juga bapa • Maxis bekerjasam­a dengan PWP untuk mendigital­kan kedai pengumpula­n dana mereka untuk pembeli dalam talian
• Kempen ONEder Parent diilhamkan oleh ibu bapa tunggal yang memainkan peranan ibu dan juga bapa • Maxis bekerjasam­a dengan PWP untuk mendigital­kan kedai pengumpula­n dana mereka untuk pembeli dalam talian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia