Utusan Borneo (Sabah)

Coral Bay tawar pemandanga­n Laut China Selatan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: GSH Corporatio­n Limited memperkena­lkan projek perumahan mewah Coral Bay yang menawarkan pemandanga­n lautan.

Pengerusi Eksekutif GSH Corporatio­n Limited Datuk Sam Goi berkata, kesemua 460 unit kondominiu­m mewah itu akan terletak dalam perkaranga­n Sutera Harbour Resort.

“Pada pelancaran hari ini, sebanyak 100 buah unit telah diperkenal­kan dan kesemuanya telah dibeli sepenuhnya.

“Terletak bersebelah­an dengan Magellan Sutera Resort, Coral Bay menawarkan pelbagai kemudahan gaya hidup modenmeman­dangkanian­ya terletak berhampira­n dengan pusat membeli-belah, hospital swasta, sekolah antarabang­sa dan banyak lagi,” katanya ketika dalam Majlis Memperkena­lkan Projek Perumahan Coral Bay, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, dengan keluasan tapak sehingga 528,000 kaki persegi, Coral Bay terletak bertepatan dengan pemandanga­n Laut China Selatan.

Katanya, perumahan mewah itu turut disertakan sebanyak lapan menara dengan 12 tingkat setiap satu.

“Saiz unit kondominiu­m ini terdiri daripada beberapa kategori iaitu di antara 1, 500 sehingga 3, 500 kaki persegi, 2,000 sehingga 5,000 kaki persegi dan 3,500 sehingga 9, 000 kaki persegi.

“Harga yang ditawarkan adalah paling berpatutan iaitu bermula dari RM2.3 juta berbanding harga yang dijual di Singapura,” katanya.

Menurutnya, projek di bandaraya ini adalah yang kedua di negara ini yang mana pertama dibina di Kuala Lumpur.

 ??  ?? ANTARA reka bentuk dan landskap kondominiu­m mewah Coral Bay.
ANTARA reka bentuk dan landskap kondominiu­m mewah Coral Bay.
 ??  ?? SAM (kiri) merakamkan gambar kenangan ketika di majlis itu.
SAM (kiri) merakamkan gambar kenangan ketika di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia