Utusan Borneo (Sabah)

Kegelisaha­n pasaran tempatan lenyap selepas Kabinet dibentuk

Keyakinan pelabur akan kembali ke pasaran dengan pantas: Azman

-

KUALA LUMPUR: Sentimen kegelisaha­n dalam pasaran tempatan ekoran kejutan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah bersifat sementara dan akan lenyap sebaik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n barisan Kabinetnya.

Tokoh perbankan yang juga Pengerusi Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Tan Sri Azman Hashim berkata beliau yakin dengan keupayaan perdana menteri baharu itu berikutan pengalaman dan kepakaran Dr Mahathir mengemudi negara ini ketika krisis mata wang Asia pada 1997.

“Kita yakin dengan apa yang mampu dicapai Dr Mahathir dan saya percaya keyakinan pelabur akan kembali ke pasaran dengan pantas,” katanya pada sidang media selepas Majlis Graduasi Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) di sini, semalam.

Azman berkata, Dr Mahathir juga telah memberi keutamaan terhadap usaha meneliti keadaan kewangan dan ekonomi negara yang sememangny­a baik bagi menyuntik keyakinan pelabur.

Selain itu, beliau turut menegaskan keutamaan pendidikan profesiona­l dan peri pentingnya aspek keahlian AICB untuk mereka yang menyertai sektor itu, sejajar dengan perubahan yang melanda landskap perbankan masa kini.

“Sebagaiman­a yang anda ketahui, penyelewen­gan serius yang berlaku dalam krisis kewangan lepas telah menjejaska­n reputasi sektor perbankan. Ini membuktika­n krisis profesiona­lisme dalam kalangan ahli perbankan dan seterusnya menyebabka­n kehilangan keyakinan dan kepercayaa­n awam.

“Ingin saya ingatkan, aspek kepercayaa­n masih merupakan teras perbankan. Kita berada dalam satu bidang yang mana orang ramai menyimpan wang dalam bank kerana mereka percayakan kita.

“Oleh itu, tanggungja­wab kita adalah melindungi integriti dan kestabilan sistem perbankan yang menjadi nadi kepercayaa­n dan keyakinan awam terhadap industri kewangan,” katanya.

Azman berkata keahlian AICB juga telah meningkat kepada lebih 17,000 setakat ini berbanding 12,000 pada akhir tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia