Utusan Borneo (Sabah)

BNM jangka ekonomi kekal kukuh selepas pilihan raya

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menjangka prospek ekonomi Malaysia kekal kukuh berdasarka­n sistem kewanganny­a yang berdaya tahan dan teguh walaupun dalam tempoh selepas Pilihan Raya Umum Ke-14,

Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata ringgit akan mencermink­an asas ekonomi Malaysia yang kukuh dalam jangka masa sederhana dan panjang.

“Kekuatan kita boleh dilihat daripada lebihan akaun semasa, kedudukan rizab yang kukuh, paras hutang luar negeri yang rendah dan penampan modal yang kukuh dalam sistem perbankan. Kami menjangka keadaan kukuh ini akan berterusan.

“Sebagaiman­a kita dapat lihat, sistem kewangan kita berdaya tahan dan teguh. Dalam beberapa keadaan pada dekad yang lalu, kita dapat menguruska­n pasaran yang tidak menentu disebabkan langkah-langkah berterusan yang diambil sejak beberapa tahun untuk membangunk­an pasaran kewangan kita,” katanya pada Majlis Graduasi Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) 2018 di sini semalam.

Muhammad berkata pasaran kini seimbang dan kukuh untuk menyediaka­n sokongan struktur bagi keadaan pasaran yang teratur, sambil menambah bagi melangkah ke hadapan, BNM akan terus memastikan keadaan yang teratur dalam pasaran kewangan dalam negara.

Beliau berkata Malaysia tidak asing dengan ketidakten­tuan jangka pendek, berikutan ekonomi negara yang terbuka amat bersepadu dengan pasaran global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia