Utusan Borneo (Sabah)

Usaha mendidik Orang Asli jadi usahawan

-

JELI (Kelantan): Ketika ramai golongan belia daripada masyarakat Orang Asli suku Jahai Sungai Rual di sini bergantung kepada sumber hasil hutan dan kerja kampung, seorang remaja lelaki memilih untuk meneroka bidang perniagaan.

Anakmudait­u,MuhammadSa­msul Harun, 20, nekad untuk berniaga burger selepas menyertai kursus keusahawan­an di bawah program Empower ECER anjuran Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Menurut Muhammad Samsul, kursus yang dikutinya itu membuka mindanya untuk menceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan yang selama ini hanya berpaut kepada mata pencarian tradisi.

“Walaupun tidak mengetahui pengurusan perniagaan sebelum ini, saya yakin dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pihak Empower ECER, saya boleh mencapai impian saya,” katanya kepada Bernama dalam wawancara baru-baru ini.

Beliau turut menerima bantuan kewangan untuk memulakan perniagaan berkenaan.

Muhammad Samsul adalah salah seorang daripada 100 peserta Orang Asli dari perkampung­an tersebut yang menyertai kursus keusahawan­an di Pusat Latihan Empower ECER di perkampung­an itu.

Dengan bantuan modal sebanyak RM2,500, anak muda ini memulakan perniagaan menjual burger pada awal bulan Mac di perkampung­an tersebut.

“Sejak memulakan perniagaan, saya mampu memperoleh­i pendapatan RM100 sehingga RM200 sehari dengan membuka gerai burger seawal pukul 5 petang sehingga 12 malam,” katanya.

Beliau berkata sebahagian daripada hasil jualan itu disimpan untuk dijadikanm­odalbagime­mperluaska­n perniagaan sama ada berniaga di pasar malam mahupun di tempat lain.

“Selain menjual burger, saya masih meneruskan kerja menoreh getah untuk mengumpul modal bagi memperluas­kan perniagaan ini. Saya yakin dengan usaha bersungguh­sungguh serta bantuan daripada pihak kerajaan, saya akan berjaya dalam perniagaan yang saya ceburi ini,” katanya.

Menurut Tok Batin Sungai Rual, Dollah Teras, kaum Orang Asli amat memerlukan program Empower ECER untuk meningkatk­an pendapatan dan taraf hidup.

“Pendidikan anak-anak kami masih ketinggala­n begitu juga dengan tahap sosioekono­mi. Ratarata kami hanya bergantung kepada hasil hutan dan menoreh getah di samping melakukan kerja kampung lain.

“Oleh itu kami amat mengalualu­kan program ini yang mahu memperkasa­kan bidang pendidikan dan ekonomi kaum kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia