Utusan Borneo (Sabah)

Media berkumpul di Subang Skypark susulan desas-desus ‘Najib tinggalkan negara’

-

PETALING JAYA: Wartawan media tempatan dan antarabang­sa berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dekat sini sejak awal pagi susulan desasdesus bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan meninggalk­an negara.

Gambar sesuatu yang menyerupai manifes penerbanga­n menyenarai­kan Najib dan Rosmah sebagai antara penumpang, tersebar sejak semalam.

Ia didakwa menunjukka­n waktu ketibaan 6 pagi sebuah pesawat di lapangan terbang yang juga dikenali sebagai Subang Skypark itu serta waktu ia berlepas empat jam kemudian ke Lapangan Terbang Halim Perdanakus­uma, Indonesia.

Dalam catatan Twitter beliau, Najib yang merupakan Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau akan mengambil cuti pendek untuk meluangkan masa dengan keluargany­a. “Selepas empat dekad dalam politik dan juga kempen pilihan raya barubaru ini yang malangnya bersifat peribadi serta barangkali paling sengit dalam sejarah Malaysia, saya akan bercuti rehat sekejap untuk meluangkan masa dengan keluarga saya yang agakkurang­didampingd­alam tahun-tahun kebelakang­an ini,” katanya.

Pilihan Raya Umum ke14 pada 9 Mei menyaksika­n kerajaan BN pimpinan Najib yang memerintah Malaysia selama enam dekad ditumbangk­an oleh apa yang disifatkan sebagai ‘tsunami rakyat’.

Pada malam Khamis, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, 92 mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh negara, pelantikan kali kedua beliau sebagai ketua kerajaan. Beliau merupakan perdana menteri dari 1981 hingga 2003.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia