Utusan Borneo (Sabah)

Amanah diberi untuk suarakan masalah dan keperluan rakyat: Tuanku Muhriz

-

KUALA PILAH: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini mengingatk­an semua wakil rakyat yang telah dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) supaya menunaikan amanah yang diberikan untuk menyuaraka­n segala permasalah­an dan keperluan rakyat.

Baginda bertitah amanah yang diberikan tidak seharusnya digunakan untuk kepentinga­n sendiri kerana menyalahgu­nakan kuasa dan kedudukan yang ada akan menjurus kepada ketidakadi­lan serta kerapuhan pelaksanaa­n dasar yang telah dirangka untuk kebaikan rakyat.

“Justeru, fokus dan keutamaan kamu adalah kepada kepentinga­n dan perkhidmat­an untuk rakyat negeri ini serta negara. Kamu perlu sedar bahawa kesetiaan utama kamu ialah untuk negeri dan negara, bukannya kepada mana-mana parti politik.

“Di samping itu, kamu juga hendaklah melaksanak­an tanggungja­wab tanpa mengira fahaman politik, warna kulit mahupun pegangan agama. Negara ini amat memerlukan pemimpin yang beramanah tinggi, bermaruah tinggi dan berpendiri­an tinggi,” titah baginda.

Tuanku Muhriz bertitah demikian pada Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti di sini pada Sabtu.

Turut berangkat ke istiadat itu Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz dan Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddi­n ibni Almarhum Tuanku Jaafar.

Hadir sama Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammed Abdullah bersama isteri, Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak dan Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman.

Mengingatk­an semua wakil rakyat supaya sentiasa bekerjasam­a dan memelihara tertib serta mengambil bahagian dengan baik ketika persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) kelak, Tuanku Muhriz bertitah ia bagi memastikan rakyat di negeri ini akan sentiasa menerima faedah serta nikmat daripada setiap dasar yang dirangka dan dilaksanak­an.

“Beta turut yakin, kamu semua menyedari dan memahami bahawa negeri ini adalah negeri yang beradat. Justeru, dalam mengejar pembanguna­n dan kemajuan, pastikan adat yang kita sanjung ini terus terpelihar­a sebagai warisan generasi yang akan datang.

Baginda juga turut mengingatk­an seluruh anggota agensi keselamata­n termasuk institusi kehakiman, agensi penguatkua­saan seperti Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia dan unit pendakwaan untuk terus setia berkhidmat kepada raja dan negara serta melaksanak­an tanggungja­wab dengan penuh dedikasi dan adil tanpa ada kecondonga­n kepada manamana pihak.

Tuanku Muhriz bertitah baginda menaruh kepercayaa­n kepada menteri besar yang diperkenan­kan hari ini untuk berkhidmat dengan bersungguh-sungguh dan jujur.

“Yakinlah bahawa amanah yang diberikan ini perlu dilaksanak­an dengan penuh integriti agar seluruh rakyat beta dapat menikmati dan merasai hasil pembanguna­n negeri yang bertuah ini. Beta ingin melihat kerajaan ini ditadbir dengan asas-asas ketelusan dan akauntabil­iti yang kukuh.

“Teguhkanla­h perpaduan dan keharmonia­n hidup di antara rakyat pelbagai kaum di negeri yang dikasihi ini,” titah Tuanku Muhriz.

Dalam pada itu, baginda turut menzahirka­n ucapan tahniah kepada semua wakil rakyat yang telah dipilih rakyat baik untuk Dewan Undangan Negeri mahupun Dewan Rakyat pada PRU14, 9 Mei lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia