Utusan Borneo (Sabah)

Empat calon muka baharu bagi Exco Selangor

-

KUALA LUMPUR: Empat calon muka baharu dipertimba­ngkan bagi mengisi kerusi Exco Kerajaan Negeri Selangor, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata mereka akan menggantik­an tiga Exco iaitu dua wakil PAS serta seorang wakil PKR yang juga Ketua Pemuda parti itu Nik Nazmi Nik Ahmad yang kini merupakan Anggota Parlimen Setiawangs­a.

Beliau berkata parti-parti komponen Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP, Amanah dan PPBM akan berbincang mengenai calon-calon Exco itu.

“Jumlah kerusi Exco yang ada akan diagihkan secara saksama mengikut jumlah kerusi yang dimenangi oleh setiap parti (pada Pilihan Raya Umum Ke-14),” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarah Ketua Umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilita­si Cheras di sini, pada Sabtu.

Mohamed Azmin berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah pada Ahad ini untuk menyembah senarai calon Exco yang dicadangka­n bagi mendapat perkenan baginda.

Majlis angkat sumpah exco dijangka berlangsun­g pada Isnin ini di Istana Alam Shah, katanya.

Pada pilihan raya umum itu Rabu lepas, Mohamed Azmin mempertaha­nkan kerusi DUN Bukit Antarabang­sa dengan majoriti 25,512 undi dan kerusi Parlimen Gombak dengan majoriti 48,721 undi.

Selain itu, PH mendapat majoriti dua pertiga dengan memenangi 51 daripada 56 kerusi DUN Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia