Utusan Borneo (Sabah)

PH dapat mandat bentuk Kerajaan Negeri Perak

-

IPOH: Pakatan Harapan (PH)Perakmenda­patmandat membentuk kerajaan negeri selepas berjaya memperoleh majoriti mudah 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mandat itu diperoleh setelah dua pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) memilih untuk menyertai PH.

Perkara itu disahkan Pengerusi PH Perak Ahmad Faizal Azumu.

“Tuanku Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berpuas hati dengan jumlah majoriti mudah yang diperoleh,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, di sini pada Sabtu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH menang 29 daripada 59 kerusi DUN Perak.

Sebelum itu, Ahmad Faizal bersama 31 pemenang kerusi DUN termasuk dua daripada BN yang enggan didedahkan identiti mereka menghadap Sultan Nazrin Shah bagi membuktika­n PH mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PPBM negeri tidak menolak kemungkina­n lebih ramai wakil BN akan menyertai PH.

“Kita akan menubuhkan sebuahkera­jaanyangma­ntap. Hentikan politik. Mulai sekarang kita tumpukan kepada pembanguna­n negeri dan perkhidmat­an yang lebih sempurna,” katanya.

Ahmad Faizal bagaimanap­un enggan mendedahka­n tentang calon menteri besar Perak dan berkata senarai calon tersebut telah dibincangk­an Majlis Presiden PH.

“Kita serahkan namanama calon menteri besar kepada tuanku,” katanya.

Pada PRU14 Rabu lepas, PH yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan Amanah menguasai 29 daripada 59 kerusi DUN manakala BN menang 27 dan Pas tiga kerusi.Bernama

 ??  ?? SULTAN Nazrin menerima menghadap Adun Manjoi Asmuni Awi dan AnggotaAng­gota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Harapan bagi membuktika­n mereka mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri di Istana Kinta.
SULTAN Nazrin menerima menghadap Adun Manjoi Asmuni Awi dan AnggotaAng­gota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Harapan bagi membuktika­n mereka mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri di Istana Kinta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia