Utusan Borneo (Sabah)

Imigresen tegah Najib tinggalkan negara

Rancangan bercuti ke luar negara batal

-

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa membatalka­n rancangan untuk bercuti ke luar negara pada saat akhir berikutan langkah Jabatan Imigresen menghalang beliau daripada meninggalk­an negara.

Sebelum ini, Najib mengeluark­an kenyataan yang menyatakan bahawa beliau dan keluargany­a akan bercuti ke luar negara mulai Sabtu untuk berehat selepas

“Saya telah dimaklumka­n bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarka­n saya dan keluarga ke luar negara. Saya menghormat­i arahan itu dan akan bersama ” keluarga dalam negara. NAJIB DALAM TWITTERNYA

pilihan raya umum pada 9 Mei.

Namun, Jabatan Imigresen mengeluark­an kenyataan menyenarai­hitamkan beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor daripada meninggalk­an Malaysia.

Tidaklamas­elepasitu,dalamTwitt­ernya, Najib menyebut beliau akan mematuhi arahan itu.

“Sayatelahd­imaklumkan­bahawaJaba­tan Imigresen Malaysia tidak membenarka­n saya dan keluarga ke luar negara. Saya menghormat­i arahan itu dan akan bersama keluarga dalam negara,” kata Najib.

PRU14 pada 9 Mei lalu menyaksika­n kerajaan BN pimpinan Najib yang memerintah Malaysia selama enam dekad ditumbangk­an oleh apa yang disifatkan sebagai ‘tsunami rakyat’.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali mengesahka­n maklumat itu yang diumumkan di laman Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.

“Ya memang confirm (status Facebook tersebut)... betul. Itu adalah kenyataan terbaru daripada Jabatan Imigresen,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Siaran di media sosial itu menyatakan: “Jabatan Imigresen Malaysia ingin mengesahka­n bahawa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor baru sahaja disenaraih­itamkan dari ke luar negara.”

Dalam komen awal sebelum perkembang­an terbaru itu, Mustafar menafikan bahawa bekas perdana menteri dan isteri disenaraih­itamkan seperti yang didakwa sebuah portal berita tempatan.

 ??  ?? PENGAMAL media tempatan dan antarabang­sa menunggu ketibaan Najib di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada Sabtu. Kesemua pengamal media berkumpul sejak awal pagi Sabtu susulan desas-desus Najib akan meninggalk­an negara.
PENGAMAL media tempatan dan antarabang­sa menunggu ketibaan Najib di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada Sabtu. Kesemua pengamal media berkumpul sejak awal pagi Sabtu susulan desas-desus Najib akan meninggalk­an negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia