Utusan Borneo (Sabah)

Pelantikan MB Pahang ditangguh sementara

-

PEKAN: Istiadat mengangkat sumpah menteri besar Pahang yang dijadualka­n berlangsun­g hari ini ditangguhk­an sementara bagi memberi peluang kepada Istana Pahang mengenali muka baharu yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14, Rabu lepas.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah penangguha­n itu juga dilakukan kerana baginda merasakan ‘ia perlu dilakukan’ dan tiada sebab lain.

“Saya perlukan masa dan tiada masalah untuk menubuhkan kerajaan... Saya hanya perlukan sedikit masa untuk mengenali semua anggota kerajaan,” titahnya kepada pemberita di Istana Abu Bakar di sini pada Sabtu.

Tengku Abdullah ditemui selepas menyempurn­akan Istiadat Pengurniaa­n Darjah dan Pingat Kebesaran Pahang bersempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah kepada 189 penerima.

Pada Jumaat, sumber memaklumka­n pelantikan menteri besar Pahang dijadualka­n berlangsun­g hari ini sebelum istiadat pengurniaa­n, namun pihak media kemudianny­a difahamkan majlis itu ditangguhk­an sementara dan akan dilangsung­kan sebelum 1 Ramadan nanti.

Tengku Abdullah juga tidak menolak kemungkina­n istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri besar akan dilakukan serentak dengan pelantikan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Sementara itu, ditanya mengenai perjumpaan­nya dengan bakal Adun baharu yang dilakukan secara berasingan mengikut parti di Istana Abdul Aziz di Kuantan pada Jumaat, Tengku Abdullah bertitah ia perkara biasa.

“Tiada apa... saya jemput datang dan saya sentiasa suka berjumpa, bertanya khabar (mereka) dari kawasan mana,” titah baginda.

Sebelum ini, Tengku Abdullah difahamkan telah berkenan menerima menghadap bakal Adun Pahang di istana baginda yang dimulakan dengan wakil daripada Pas, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN).

 ??  ?? PEMANGKU Raja Pahang Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika bertitah kepada pemberita mengenai penangguha­n sementara istiadat mengangkat sumpah menteri besar Pahang di Istana Abu Bakar pada Sabtu.
PEMANGKU Raja Pahang Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika bertitah kepada pemberita mengenai penangguha­n sementara istiadat mengangkat sumpah menteri besar Pahang di Istana Abu Bakar pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia