Utusan Borneo (Sabah)

189 penerima darjah, pingat kebesaran Pahang

-

PEKAN: Seramai 189 individu menerima Darjah dan Pingat Kebesaran Pahang sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Jumaat.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menyempurn­akan istiadat itu yang diadakan di Istana Abu Bakar di sini.

Pada istiadat itu, seramai tujuh individu menerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, yang didahului Pengerusi Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Plantinum Oil & Gas Sdn Bhd Datuk Suhaimi Hashim.

Antara penerima SSAP lain ialah Pengarah Urusan K&A Management Sdn Bhd Datuk Koh Foong Soon, Pengarah Super Crane Machinery (M) Sdn Bhd Low Kim Ong, Presiden RF3 World Group of Company Nazeri Omar, Pengerusi Pertubuhan U-Kasih Lim Kim Lian dan Pengerusi Aik Chuan Constructi­on Private Limited Lim Yew Ming.

Sultan Pahang juga berkenan mengurniak­an Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk kepada empat individu iaitu Duta Besar Malaysia ke Republik Filipina Datuk RaszlanAbd­Rashid,Pengarah Perfect Lady Sdn Bhd Datuk Gan Yong Hwa, Timbalan Ketua Pengarah (1) Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjun­g Malaysia Fakhrul Hatta Musa dan Pengarah New Chen Motor Credit Sdn Bhd Danny Chen Wei Keat.

Sebanyak 35 individu menerima Darjah Indera MahkotaPah­ang(DIMP)yang juga membawa gelaran Datuk antaranya Pensyarah dan Pakar Bedah Neuro Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia Profesor Madya Datuk Dr Mohamed Saufi Awang, Pengerusi Biro Pendidikan dan Pembanguna­n Keluarga Open Universiti Malaysia Datin Paduka Anismah Ahmad dan Ketua Eksekutif Kenanga Capital Sdn Bhd Azlan Abu Rais.

Turut menerima DIMP ialah Duta Besar Malaysia ke Itali Abdul Malik Melvin Castelino,DutaBesarM­alaysia ke Vietnam Zamruni Khalid, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Johor Mohammad Hamiddan Maryani, Pengarah Kastam Kuala Lumpur Zulkurnain Mohamed Yusuf.

Penerima DIMP lain ialah Ketua Penolong Cawangan Siasatan/Perundanga­n/ Kajian Kes Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman SAC Allaudeen Abdul Majid, Komandan Pusat Latihan Polis Kuching SAC Azman Salim dan Timbalan Pengarah Kesihatan Pahang Dr Mohamed Sapian Mohamed.

Turut menerima DIMP ialah Pengarah Bahagian Perancanga­n Korporat KastamRadz­iahAbdulRa­zak, Pengarah Seri Omega Private and Internatio­nal School Ooi Chung Ping, Pengurus Besar Kumpulan Far East Holdings Berhad Asmin Yahya dan Setiausaha Kewangan Kongres Kesatuan PekerjaPek­erja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Ja’apar Mansor.

SultanPaha­ngjugaberk­enan mengurniak­an Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada enam penerima, Setia Mahkota Pahang (SMP 11 penerima), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP - 15 penerima), Ahli Mahkota Pahang (AMP - 20 penerima), Pingat Khidmat Cemerlang (PKC - 23 penerima), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT - 24 penerima) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK - 44 penerima).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia