Utusan Borneo (Sabah)

Pelantikan Exco N.Sembilan akan dibuat secepat mungkin: Aminuddin

-

KUALA PILAH: Barisan exco kerajaan Negeri Sembilan akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, berkata perkara berkenaan pelantikan exco masih dalam perbincang­an.

“Kita akan mengekalka­n bilangan exco yang dilantik sama seperti penggal yang lepas.

“Pelantikan ini akan dibuat sesegera mungkin kerana kita nak buat kerja,” katanya kepada media selepas Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar di Istana Seri Menanti, di sini pada Jumaat.

Aminuddin berkata beliau berharap rakyat memberi peluang kepada barisan kepimpinan yang baharu untuk mentadbir negeri ini kerana penanda aras yang diberikan pada penggal yang lepas nampak baik.

“Secara jujur, kami mengiktira­f pencapaian cemerlang yang telah dicapai oleh menteri besar penggal yang lepas dalam membangunk­an Negeri Sembilan.

Apa saja yang baik untuk rakyat,tetapakank­amikekalka­n malah penambahba­ikan berterusan,” katanya.

Beliau berkata antara perkara utama yang akan dibuat ialah melaksanak­anagendabe­rsihdan pertukaran hak milik pajakan kepada hak milik kekal, selain memastikan tawaran-tawaran di dalam manifesto parti dapat dilaksanak­an segera.

“Kita nak satu kerajaan yang bersih daripada semua aspek termasukla­h pentadbira­n, dan negeri ini sendiri.

“Tidak ada rasuah, tidak ada perkara-perkara salah laku dan salah guna kuasa,” katanya.

Aminuddin berkata kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di dalam pentadbira­n negeri turut akan dibincangk­an, memandangk­an parti itu tidak memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam perkembang­an lain, Aminuddin berkata pihaknya akanmeneru­skankesmah­kamah berkenaan isu di DUN Rantau pada hari penamaan calon, 28 April lepas.

“Kita akan teruskan kes ini dan kalau mahkamah izinkan, akan ada Pilihan Raya Kecil di Rantau,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebuah institusi pemikir, khusus untuk melakukan usaha-usaha menyelidik, mengenal pasti masalah dan mencadangk­an tindakan-tindakan strategik kepada kerajaan negeri, akan ditubuhkan.-

 ??  ?? AMINUDDIN (tengah) melambaika­n tangan selepas Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti. Turut kelihatan Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk...
AMINUDDIN (tengah) melambaika­n tangan selepas Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti. Turut kelihatan Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia