Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda PPBM terima maklumat pindah lebih 50 tas tangan Birkin

-

PUTRAJAYA: Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari pada Sabtu mendakwa menerima maklumat dan rakaman video menunjukka­n lebih kurang 50 tas tangan jenama Birkin sedang dipindahka­n daripada sebuah van ke beberapa unit kondominiu­m di Pavillion Residence KL.

Dalam kenyataan bersama pada Sabtu, katanya setiap satu tas tangan yang diisi di dalam kotak berasingan itu dianggarka­n bernilai RM200,000 ke atas dengan setiap kotak tertera label nama si pemberi kepada penerima (hadiah pemberian) dan dipercayai penerimany­a adalah isteri bekas Perdana Menteri Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut kenyataan itu lagi memandangk­an bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya terpalit dengan skandal penyelewen­gan wang secara besar-besaran, pihaknya menggesa serbuan dilakukan ke unit kondominiu­m di Pavilion Resident terbabit.

“Selain daripada tas tangan yang mencurigak­an, van yang membawa tas tangan tersebut tertera nama Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jata Negara Malaysia. Jika benar van itu milik JPM, maka ini adalah salah guna kuasa,” katanya.

Kenyataan bersama itu dikeluarka­n Bendahari Pemuda PPBM Rafiq Hakim Razali, Exco PPBM Ben Ali dan Azizi Sulaiman. Katanya laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan tersebut.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia