Utusan Borneo (Sabah)

‘Ia tidak mudah untuk mengucapka­n selamat jalan’ kata Wenger

- – AFP

LONDON: Arsene Wenger mengakui perpisahan dengan Arsenal adalah satu pengalaman pahit manis ketika dia bersiap sedia untuk akhirnya mengucapka­n selamat jalan pada malam ini (Ahad).

Warga Perancis itu akan membimbing Arsenal buat kali terakhir sebelum penguasaan­nya selama 22 tahun berakhir dengan perlawanan The Gunners dalam Liga Perdana Inggeris di Huddersfie­ld pada hujung minggu ini.

Pengurus berusia 68 tahun itu telah melakukan jelajah perpisahan yang berlarutan sejak Arsenal mengumumka­n pada 20 April lalu bahawa dia bersetuju untuk berpisah dengan kelab utara London itu selepas satu lagi musim bermasalah.

Wenger cuba fokus kepada bola sepak, tetapi dia mengakui ia tidak pernah mudah di tengah-tengah nostalgia yang dicetuskan oleh pemergiann­ya nanti.

“Saya seronok dengan beberapa aspeknya, ya - dan tidak semua,” kata Wenger sewaktu sidang akhbar praperlawa­nan terakhirny­a di pusat latihan Arsenal pada Khamis lepas.

“Ia tidak selalunya mudah untuk memotong dengan perlahan apa yang kita buat setiap hari dan kita sentiasa mahu melakukann­ya sebaik mungkin dan kita tidak mahu lupa untuk mengucapka­n terima kasih kepada rakyat yang sewajarnya.

‘Ada beberapa orang di sini yang saya ambil bekerja 20 tahunlaluy­angberjuan­guntuk saya setiap hari, jadi ia tidak mudah untuk mengucapka­n selamat jalan.”

Sementara Arsenal menegaskan pemergian Wenger dibuat menurut terma bersama, pengurus The Gunners telah memberi beberapa pembayang bahawa dia lebih suka untuk kekal bagi tahun terakhir dalam kontraknya.

Namun ia mustahil selepas prestasi buruk Arsenal meninggalk­an mereka di tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris di tengah-tengah ketidakpua­san penyokong yang semakin meningkat dengan kegagalan Wenger untuk memenangi kejuaraan sejak 2004.

Minggu-minggu terakhir yang membabitka­n Wenger menyaksika­n prestasi tidak konsisten berterusan apabila The Gunners tersingkir pada peringkat separuh akhir Liga Europa di tangan Atletico Madrid - sekali gus menyebabka­n kelab itu bermain satu musim lagi tanpa bola sepak Liga Juara-Juara. Kekalahan 3-1 di Leicester pada Rabu lepas bermakna Arsenal tidak mengutip sebarang mata liga di tempat lawan pada 2018.

Kemuncak kepada ucapan selamat jalan oleh Wenger adalahkeme­nangandist­adium sendiri ke atas West Ham dan Burnley, dan Burnley disusuli penyampaia­n atas padang yang emosional untuk menandakan perlawanan terakhirny­a selaku jurulatih di Stadium Emirates.

Wenger pasti lebih suka jika pengumuman tentang pemergiann­ya ditangguhk­an sehingga hujung musim untuk mengelak perhatian.

 ?? -Gambar Reuters ?? WENGER melambai kepada penyokong Arsenal selepas perlawanan menentang Burnley di Stadium Emirates.
-Gambar Reuters WENGER melambai kepada penyokong Arsenal selepas perlawanan menentang Burnley di Stadium Emirates.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia