Utusan Borneo (Sabah)

Pemain beri respon baik

Sabah ikat JDT II 2-2 pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Premier di Pasir Gudang

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Jurulatih Sabah, Jelius Ating gembira dengan cara pemain memberi respon apabila suatu ketika ketinggala­n 20 untuk akhirnya mengikat Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dengan keputusan seri 22 pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Premier di Stadium Pasir Gudang, Johor, Jumaat lalu.

Pertemuan kedua-dua pasukan pada perlawanan terakhir pusingan pertama di Stadium Likas 1 Mei lalu juga berkesudah­an seri 1-1.

“Bukan mudah untuk bangkit selepas ketinggala­n 2-0 terutama dengan lawan seperti JDT II yang bukan sahaja memiliki kelebihan gelanggang sendiri tetapi turut diperkuatk­an beberapa pemain dari skuad Liga Supernya.

“Bagaimanap­un pemain kita berjaya melakukann­ya dan nampak begitu berbahaya kepada pasukan tuan rumah terutama pada 20 minit terakhir permainan. Sebab itu secara keseluruha­nnya saya berpuas hati dengan satu mata yang dibawa balik,” katanya.

Sabah ketinggala­n 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Lucas Elias Ontivero seawal minit ke-12.

Selepas rehat, JDT II hanya perlukan dua minit untuk menjadikan kedudukan 2-0 menerusi jaringan Darren Yee Deng Lok pada minit ke-47.

“Kedua-dua gol lawan itu lebih kepada kesilapan pemain kita sendiri tetapi mereka kemudianny­a memberi

“Bukan mudah untuk bangkit selepas ketinggala­n 2-0 terutama dengan lawan seperti JDT II yang bukan sahaja memiliki kelebihan gelanggang sendiri tetapi turut diperkuatk­an beberapa pemain dari skuad Liga Supernya.

JELIUS ATING Jurulatih Sabah

respon dengan memadamkan kelebihan tuan rumah itu,” kata Jelius ketika dihubungi pada Sabtu.

Sabah mengurangk­an jarak kepada 2-1 menerusi sepakan penalti Lee Gil Hoon pada minit ke-58 sebelum Mafry Balang menyamakan kedudukan pada minit ke-88.

Jelius berkata, persembaha­n pasukan juga lebih baik berbanding empat perlawanan sebelum ini dan beliau berharap keadaan itu akan berterusan untuk mereka tampil dengan lebih mantap pada perlawanan akan datang.

Apapun, ia adalah perlawanan keempat berturuttu­rut Sabah gagal mencatat kemenangan dan keputusan seri yang keenam selepas 11 perlawanan liga diharungi setakat ini.

Tiga perlawanan terakhir pusingan pertama menyaksika­n Sabah kecundang 2-3 di tangan UKM dan kalah 1-2 di tangan Pulau Pinang sebelum meneutup tirai dengan keputusan seri 1-1 dengan JDT II. Ketiga-tiga lawan itu di kedudukan tiga tercoerot sebelum ini.

Keputusan seri pada Jumaat memberikan mata ke15 untuk Sabah naik satu anak tangga ke kedudukan ketiga sekurang-kurangnya sehingga sebelum dua lagi perlawanan berlangsun­g pada Sabtu iaitu UKM menentang UiTM dan Felda bertemu MISC-MIFA.

Dua lagi perlawanan berlangsun­g hari ini iaitu Pulau Pinang menentang Sarawak dan Terengganu II menentang PDRM.

Carta Liga Premier yang membabitka­n 11 pasukan kini didahului Felda dengan 26 mata manakala ditempat kedua adalah pasukan Felcra dengan 18 mata.

Sabah pula di kedudukan ketiga hanya dengan kelebihan jaringan berbanding PDRM yang turut telah mengumpul 15 mata ditangga keempat manakala UiTM dan MISC adalah antara ancaman Sabah dengan masing-masing telah mengumpul 14 dan 13 mata.

Sabah akan meneruskan cabaran menentang Felda di tempat lawan pada 24 Mei.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia