Utusan Borneo (Sabah)

Conte enggan dipersalah­kan

-

LONDON: Antonio Conte (gambar) enggan memikul tanggungja­wab jika Chelsea gagal menamatkan musim ini di dalam kelompok empat kelab teratas.

Conte berkata dia tidak harus dikritik jika Chelsea gagal untuk layak bermain dalam Liga Juara-Juara kerana mereka jauh lebih teruk di bawah Jose Mourinho tiga musim lalu.

Pasukan Conte menduduki tempat kelima dalam Liga Perdana Inggeris dan jika pun mereka menang dalam perlawanan terakhir musim ini pada malam ini (Ahad) di Newcastle, The Blues akan bermain dalam Liga Europa jika Liverpool yang menduduki tempat keempat dapat mengelak kekalahan kepada Brighton.

Itu adalah kesudahan yang menyedihka­n kepada kempen mempertaha­nkan kejuaraan yang buruk oleh Chelsea, yang langsung tidak mengancam untuk mencabar juara Manchester City di tengahteng­ah spekulasi bahawa Conte akan meninggalk­an kelab selepas hanya dua musim sahaja sebagai pengendali.

Bagaimanap­un, Chelsea dapat menamatkan musim ini dengan piala kerana mereka akan menentang Manchester United, sekarang diurus oleh Mourinho dalam perlawanan akhir Piala FA pada 19 Mei.

Conte, yang membela diri daripada memikul tanggungja­wab bagi masalah Chelsea, merujuk kepada kempen sebelum pelantikan­nya pada 2016, yang dia pernah sebut sebagai “musim Mourinho”.

Ia merujuk kepada kejatuhan Chelsea di bawah Mourinho, yang dipecat pada pertengaha­n musim yang menyaksika­n kelab barat London itu menduduki tempat ke-10 di bawah pengurus sementara Guus Hiddink.

Conte, yang memenangi kejuaraan pada tahun pertamanya bersama Chelsea, berkata: “Kami bergelut untuk mengambil tempat dalam Liga Juara-Juara. Tetapi kami bermain dalam liga yang sangat sukar di mana enam pasukan terkemuka merebut tempat.

“Ia tidak automatik bahawa kita menamatkan setiap musim dalam kelompok empat kelab teratas.

“Ia berlaku pada masa lalu. Dua tahun lalu Chelsea menamatkan musim di tempat ke-10 dan tidak mara ke peringkat akhir Piala FA atau separuh akhir Piala Liga.

“Mereka disingkirk­an oleh Paris St Germain pada peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara.”

Pada musim ini, Chelsea ditewaskan oleh Arsenal pada peringkat separuh akhir Piala Liga dan tewas kepada Barcelona pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia