Utusan Borneo (Sabah)

Klopp yakin Salah dapat tangani tuntutan ke atas masanya

-

LIVERPOOL: Jurgen Klopp yakin Mohamed Salah dapat menangani tuntutan yang semakin meningkat ke atas masanya.

Jurgen Klopp menegaskan Salah tidak akan hilang tumpuan walaupun tuntutan semakin meningkat ke atas bintang Liverpool itu yang berada di kemuncak musimnya yang memecah rekod.

Klopp, pengurus The Reds, rasa kecewa kerana Salah terpaksa terbang ke London untuk menerima anugerah Pemain Terbaik daripada Persatuan Penulis Bola Sepak pada Khamis lepas, hanya beberapa jam sahaja selepas disampaika­n dengan hadiah Pemain Terbaik oleh Liverpool sendiri.

Salah, yang juga Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l, tidak dapat menambah jaringan kepada 43 gol pada musim ini dalam tiga perlawanan terakhir dan kelihatan letih dalam kekalahan Liverpool di Chelsea pada Ahad lepas.

Liverpool memerlukan satu mata daripada perlawanan menentang Brighton pada malam ini (Ahad) untuk mengesahka­n tempat mereka di dalam kelompok empat pasukan teratas yang menjamin kemaraan ke dalam Liga Juara-Juara pada musim akan datang sebelum memberi perhatian semula kepada perlawanan akhir Piala Eropah menentang Real Madrid.

Salah ternyata kunci kepada kejayaan Liverpool dalam dua perlawanan penting itu selepas menjaringk­an 43 gol dalam musim pertama yang menakjubka­n selepas dia berhijrah dari Roma.

Walaupun Klopp mengakui Salah sepatutnya tidak dibebani kerja tambahan yang tidak ada kaitan dengan bola sepak, dia menjangka pemain sayap Mesir itu dapat menangani tekanan.

“Ia agak sukar bagi seorang pemain kerana cabaran begitu banyak,” kata Klopp kelmarin. “Semalam kita ada Anugerah LFC - masa yang bagus sekali. Cabaran seterusnya adalah wartawan (majlis makan malam WA).

“Saya tahu ia adalah anugerah yang sangat penting tetapi untuk membawa balik budak itu, pada malam Jumaat sebelum perlawanan terakhir, ke London untuk meraikan parti sedangkan kami tidak berparti.

“Ia tidak sempurna dan sebagai pengurus, saya lebih suka jika dia pulang ke rumah selepas kerja dan meletakkan kakinya di atas sofa sambil menonton filem atau tidur awal, kami menyusunny­a sebaik mungkin.

“Masalah sentiasa menjadi masalah jika anda terkejut dan anda fikir ‘Oh, saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu’.

“Namun ia sentiasa dirancang dengan sempurna dan kelab melakukan kerja kelas dunia untuk mengatur segalanya, jadi ia berjalan dengan begitu lancar sekali.”

Klopp cuba memastikan pemainnya memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Brighton, tetapi dia mengakui musim anugerah telah menjadi sesuatu yang mengganggu tumpuan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia