Utusan Borneo (Sabah)

Sabah perlu menang untuk cerahkan peluang

-

KOTA KINABALU: Ia adalah perlawanan yang mesti dimenangi apabila skuad bawah 19 tahun Sabah melayani kunjungan Selangor pada saingan Kumpulan A liga Piala Belia di Stadium Penampang petang ini (sepak mula 4.15 petang).

Pengurus pasukan, Azman Masrtar (gambar) berkata, skuad kendalian Mohd Aiyyman Shah Johny Abdullah itu telah berusaha memperbaik­i kelemahan yang ada selepas kalah 2-4 di tangan pasukan bawah 16 tahun Sekolah Sukan Malaysia Pahang-Akademi Mokhtar Dahari-Cougars (SSMP-AMD-Cougars B16) ditempat lawan minggu lalu.

“Kami perlu elakkan kekalahan lagi jika mahu terus berada di landasan memburu tempat ke pusingan suku akhir yang hanya diperuntuk­kan kepada empat pasukan teratas.

“Sabah kini dikeduduka­n keenam tetapi empat tempat teratas itu masih dalam jangkauan dengan syarat kami konsisten mencatat kemenangan. Inilah yang akan cuba kami lakukan bermula esok (hari ini) terutama ia adalah perlawanan di tempat sendiri,” kata Azman ketika dihubungi pada Sabtu.

Skuad muda Sabah itu kini berkongsi jumlah kutipan 19 mata dengan Kuala Lumpur tetapi dijarakkan oleh perbezaan jaringan yang berpihak kepada Kuala Lumpur.

Empat pasukan teratas kini didahului pasukan Terengganu FC IV dengan 29 mata diikuti Cougars B16 (22 mata), PKNS FC (22 mata) dan PKNP FC (21 mata).

“Kedudukan dan jarak terkini itu menunjukka­n betapa pentingnya kami harus menang esok (hari ini). Saya percaya jika pemain ada kesungguha­n dan dapat memberikan persembaha­n terbaik mereka, kami boleh melakukann­ya.

“Kami menang (1-0 ke atas Selangor) pada pusingan pertama di tempat lawan. Saya yakin pemain boleh mengulangi­nya,” kataAzman.-OlehVITALI­S

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia