Utusan Borneo (Sabah)

AKP tunjang kecemerlan­gan organisasi

AKP Beluran cipta sejarah anjur Majlis Apresiasi dan Sambutan Hari Pekerja 2018

- Oleh SALMAN ABADI

PERSATUAN Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) daerah Beluran mencipta sejarah apabila buat julung kalinya berjaya menganjurk­an Majlis Apresiasi dan Sambutan Hari Pekerja 2018, di Dewan Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran, baru-baru ini.

Perasmian majlis itu disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.40 Labuk yang memenangi kerusi DUN Labuk dalam Pilihanray­a Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu sebagai calon Barisan Nasional-Parti Bersatu Sabah (BN-PBS), Abdul Rahman Datuk Haji Kongkawang.

Dalam ucapannya, beliau memuji usaha pihak Persatuan AKP atas penubuhan persatuan itu dan merakamkan penghargaa­n kepada seluruh Ahli Jawatankua­sa (AJK) Penganjur kerana menjemput dan memberi penghargaa­n kepadanya untuk menyempurn­akan perasmian majlis tersebut.

Katanya, sumbangan dan tugas murni semua AKP di daerah Beluran amat besar dan sewajarnya dihargai kerana mereka berperanan penting dalam membantu pentadbira­n organisasi, khasnya dalam aspek pengurusan kewangan.

Abdul Rahman berkata, beliau memahami tugas dan beban kerja serta cabaran yang dipikul oleh para AKP dalam melaksanak­an bidang tugas dan tanggungja­wab mereka.

Menurutnya, ia terutamany­a para AKP yang telah berkeluarg­a kerana selain menjalanka­n tugas rasmi di pejabat, mereka juga perlu memikul tanggungja­wb mengurus keperluan anak-anak dan keluarga, dan ada juga yang terpaksa berjauhan dengan keluarga sendiri demi tugas.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau amat bersetuju dengan penubuhan Persatuan AKP Daerah Beluran yang berperanan penting untuk mengangkat martabat atau kepentinga­n AKP demi meningkatk­an lagi prestasi kerja setiap AKP, sekali gus menaikkan imej dan nama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran.

Beliau menyaranka­n AJK Persatuan AKP PPD Beluran (Aineeh Basnuh) agar mempelawa semua AKP dalam daerah Beluran untuk menyertai dan mendaftar secara rasmi sebagai ahli persatuan demi memantapka­n organisasi AKP itu sendiri.

Abdul Rahman, 55, yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Labuk dan mantan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Labuk, menyaranka­n agar AJK Persatuan itu dapat menambah dan mencari idea-idea baharu untuk mengembang­kan dan memantapka­n lagi persatuan AKP PPD Beluran.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapka­n terima kasih atas sokongan semua pihak termasuk AKP dan penjawat awam yang lain di kawasan Labuk, Beluran dalam PRU14 barubaru ini.

Menurutnya, beliau akan membalas budi serta menabur jasa sebaik yang mungkin kepada masyarakat khasnya di kawasan DUN N.40 Labuk.

Lebih 100 orang AKP menghadiri majlis itu yang terdiri daripada para Pembantu Tadbir (PT), Pembantu Pengurusan Murid (PPM), Pembantu Makmal, Penyelia Asrama, Pembantu Operasi dan Juruteknik Komputer serta Pemandu Kenderaan yang bertugas di daerah Beluran dengan tema ‘Pekerja Berkemahir­an, Peneraju Kecemerlan­gan Negara’.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Persatuan AKP Daerah Beluran, Jamil Amil dari SMK Terusan Sugut, Beluran dalam ucapannya melahirkan rasa teruja kerana diberi kepercayaa­n untuk berucap pada majlis yang berprestij dan amat bersejarah itu.

Katanya, majlis tersebut antara lain bertujuan bagi menghargai jasa dan pengorbana­n AKP sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Sebenarnya sumbangan AKP ini amat besar walaupun sering dipandang remeh oleh sesetengah pihak kerana mustahil sesuatu organisasi seperti jabatan kerajaan dan swasta akan berjalan dengan lancar tanpa komitmen dan sumbangan dari AKP itu sendiri,” katanya.

Menurutnya, Sambutan Hari Pekerja yang di sambut pada setiap awal Mei ini bertepatan dengan agenda pihak Pejabat Pendidikan Daerah Beluran untuk mengumpul semua AKP sebagai tanda penghargaa­n di atas penat lelah AKP selaku tulang belakang jabatan kerajaan khususnya di peringkat sekolah.

Katanya, tema sambutan Hari Pekerja tahun ini iaitu ‘Pekerja Berkemahir­an, Peneraju Kecemerlan­gan Negara’ adalah selaras dengan kehendak masa kini yang memerlukan tenaga kerja yang berkemahir­an tinggi dan cekap.

“Bersesuai dengan keadaan kita di kawasan luar bandar, semua AKP perlu bersiap sedia dengan pelbagai cabaran dan kekurangan bagi menjalanka­n tugas yang diamanahka­n dengan sebaik mungkin.

“Dalam menongkah arus globlisasi pada masa kini, AKP seharusnya lebih kreatif dan kritis dalam menjalanka­n bidang kerja masing-masing,” ujarnya penuh bersemanga­t.

Walau bagaimanap­un, dalam kita menjalanka­n rutin tugas rasmi, kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga juga perlu sentiasa diutamakan.

“Kita perlu juga mencari masa untuk berehat dan menjalani kehidupan yang ceria, sihat dan gembira,” sambil menjelaska­n bahawa hal demikian membolehka­n lahirnya pekerja sihat, cekap dan berintegri­ti sebagai pemacu kecemerlan­gan negara.

Mengulas program itu, katanya ia juga secara tidak langsung memberi peluang kepada semua AKP di daerah Beluran untuk bersua muka dan beramah mesra, sekali gus merapatkan hubungan kerjasama dan perpaduan sesama penjawat awam.

“Kita juga dapat berbincang mengenai bidang kerja masing-masing dan seterusnya melalui program ini adalah diharap perpaduan antara AKP akan terus terjalin dan membentuk permuafaka­tan tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Jamil menambah, pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’ perlulah menjadi pegangan oleh semua AKP di daerah Beluran.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih khasnya kepada Adun Labuk (Abul Rahman) serta pihak PPD Beluran atas sokongan padu terhadap penganjura­n program itu yang bakal dijadikan acara tahunan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan AKP daerah Beluran, Aineeh Basnuh berkata, AJK Penaja Persatuan itu telah ditubuhkan sejak 2014 dengan jumlah ahli seramai lebih 30 pada masa itu dan tetapi kini keahlian mencecah hampir 200 orang.

Katanya, pihak persatuan akan berusaha mendaftark­an persatuan itu dengan kesatuan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah secepat mungkin.

Beliau menjelaska­n, objektif lain penganjura­n majlis itu ialah menyuntik semangat juang para AKP untuk menjalanka­n tugastugas dengan lebih cemerlang, aktif, berketeram­pilan dan berdaya saing.

Di samping itu, ia dapat membantu meningkatk­an motivasi dalam melaksanak­an tugas harian terutama bagi AKP yang bertugas di kawasan nun jauh di pedalaman yang sentiasa menghadapi cabaran alam semulajadi dan kekurangan prasarana.

“Program ini juga membantu AKP untuk merasai bahawa diri mereka adalah ‘permata’ yang menjadi tunjang bagi sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya.

Menurutnya, kebelakang­an ini isu kemurungan dan stress menjadi satu masalah dalam kalangan kakitangan awam, namun dengan adanya majlis ini dapat membantu mereka lebih bersemanga­t, ceria tabah dan kekal positif.

Dalam masa sama, katanya ia juga diharap menjadi pemangkin serta memberi suntikan semangat positif dan dijadikan pendorong untuk terus berusaha lebih gigih dalam memberi perkhidmat­an yang terbaik serta komitmen yang tinggi terhadap tugasan yang diberikan.

Pelbagai acara diadakan sempena majlis itu termasukla­h penyampaia­n anugerah dan sijil penghargaa­n bagi AKP yang mencapai prestasi cemerlang dalam pengurusan kewangan sekolah, pelancaran tabung AKP, cabutan bertuah dan sebagainya.

 ??  ?? AKP SMK Balaban Jaya (kanan) antara penerima anugerah pengurusan kewangan cemerlang 2017.
AKP SMK Balaban Jaya (kanan) antara penerima anugerah pengurusan kewangan cemerlang 2017.
 ??  ?? AINEEH (tengah) dan Jamil (kanan) menyaksika­n upacara pelancaran tabung AKP daerah Beluran.
AINEEH (tengah) dan Jamil (kanan) menyaksika­n upacara pelancaran tabung AKP daerah Beluran.
 ??  ?? ABD. RAHMAN (berdiri tengah) bergambar kenangan bersama AKP daerah Beluran sempena Majlis Apresiasi AKP dan Sambutan Hari Pekerja 2018.
ABD. RAHMAN (berdiri tengah) bergambar kenangan bersama AKP daerah Beluran sempena Majlis Apresiasi AKP dan Sambutan Hari Pekerja 2018.
 ??  ?? AKP SK Holly Cross, Chong Kui Lan turut bertuah menerima hamper cabutan bertuah.
AKP SK Holly Cross, Chong Kui Lan turut bertuah menerima hamper cabutan bertuah.
 ??  ?? ABD. RAHMAN diiringi Aineeh (kiri) dan Jamil (dua kanan) memotong riben sebagai gimik perasmian majlis itu.
ABD. RAHMAN diiringi Aineeh (kiri) dan Jamil (dua kanan) memotong riben sebagai gimik perasmian majlis itu.
 ??  ?? AINEEH menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang AKP cemerlang pengurusan kewangan sekolah.
AINEEH menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang AKP cemerlang pengurusan kewangan sekolah.
 ??  ?? SEBAHAGIAN Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) daerah Beluran yang menghadiri majlis bersejarah itu.
SEBAHAGIAN Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) daerah Beluran yang menghadiri majlis bersejarah itu.
 ??  ?? AKP Cemerlang, Sainah Ulas (kiri) menyampaik­an hamper cabutan bertuah.
AKP Cemerlang, Sainah Ulas (kiri) menyampaik­an hamper cabutan bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia