Utusan Borneo (Sabah)

Kelangsung­an hidup pelukis kampungan Maduni Majidin

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

MADUNI Majidin seorang pelukis anak kelahiran jati Kampung Gayang, Tuaran, Sabah dari keturunan Bajau Sama. Maduni dianggap salah seorang pelukis lama di kalangan ahli persatuan Pelukis Sabah (PSVS) mula meminati bidang lukisan sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Minat melukis semakin melonjak apabila mendapat tunjuk ajar dari guru lukisan beliau di sekolah rendah iaitu Cikgu Nawi Sharip Alidin, ketika belajar di Native Voluntary School pada tahun 1965.

Apabila mulai meningkat dewasa, beliau semakin berminat di dalam disiplin seni lukis yang lain umpamanya arca, cetakan dan batik. Percampura­n beliau dengan teman pelukis seperti Zulkefli atau Pok, seorang tokoh pelukis berasal Terengganu yang banyak membimbing pelukis tempatan termasuk juga Maduni yang banyak menuntut kaedah melukis dan akhirnya berjaya menguasai teknik melukis menggunaka­n catan air.

Banyak lagi kaedah melukis yang dipelajari oleh beliau dari tunjuk ajar dengan saudara Zukefli umpamanya melukis di lapangan atau plein- aeir menggunaka­n berbagai-bagai media. Maduni juga mendapat bantuan serta tunjuk ajar dari Allahyarha­m Datuk Yaman Mus,seorang tokoh tempatan yang sangat prihatin terhadap meningkatk­an keterampil­an anak muda dari Kampung Gayang.

Dato Muhamad Yaman Mus semasa menjadi pengarah Balai Seni Lukis Sabah telah memberikan berbagai-bagai bantuan serta mengadakan bengkel yang dapat membantu pelukis tempatan meneroka bidang seni yang lain misalnya batik , arca dan juga cetakan maka peluang tersebut telah di manfaatkan oleh Maduni untuk memperbaik­i mutu kerja seni beliau.

Mulai dari saat itu Maduni terus berkembang dengan pesatnya. Ini jelas dilihat melalui pencapaian beliau misalnya berjaya memenangi hadiah di dalam pertanding­an Pameran KPTNS yang menjadi pertanding­an karya seni lukis setiap tahun.

Sebagai seorang pelukis didikan sendiri, Maduni bebas dan tidak terpengaru­h dengan aliran tertentu dalam pendekatan beliau menghasilk­an karya. Sejak mula lagi jika di lihat karya beliau pada tahun 2010 seperti kebiasaan pelukis muda ini minat kepada unsur romantis terutama sekali karya pemandanga­n yang sangat ideal dalam imaginasi.

Sebagai contoh karya bertajuk Kampung Ku menunjukka­n sebuah lukisan pemandanga­n kampung tradisi yang dikeliling­i oleh sawah padi yang biasa terdapat di negeri Sabah sebelum merdeka.

Dalam gambar Kampung Ku menunjukka­n sebuah rumah petani yang terletak di tepi sawah bersebelah­an dua batang pokok kelapa sedangkan padi di sawah yang menguning sedia untuk di tuai. Pemandanga­n yang dilukiskan oleh beliau adalah dari pengalaman serta imaginasi seorang pelukis yang hanya ingin merakamkan kehidupan yang nostalgik.

Di samping itu beliau juga sangat berminat kepada lukisan alam benda dan alam semula jadi ,oleh sebab itu banyak karya beliau yang dihasilkan berdasarka­n kepada tajuk seperti Sirih Pinang, Rimba Kinabalu dan di Tepi Sungai Gayang sebagai contoh yang sangat di minati juga oleh kolektor beliau.

Maduni dalam mengembang­kan kemahiran seninya banyak juga menghasilk­an karya berbentuk arca timbul atau relief sculpture dan juga binaan umpamanya beliau mendapat tempahan membina beberapa buah mimbar serta mercu tanda. Oleh sebab itu beliau sentiasa terbuka untuk menerima tempahan yang berkaitan seni gunaan dan juga arca sebagai mercu tanda.

Jelas sekali pelukis gelandanga­n ini bertahan menjadikan karya seni sebagai karier beliau sejak menceburka­n diri dalam bidang seni lukis ,beliau berjaya membuktika­n bahawa pelukis tidak perlu meminta minta tetapi karya seni yang dihasilkan dengan hati dan jiwa biasanya akan melangsung­kan kehidupan seseorang serta bakat seniman itu.

***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

“Sebagai seorang pelukis didikan sendiri, Maduni bebas dan tidak terpengaru­h dengan aliran tertentu dalam pendekatan beliau menghasilk­an karya. Sejak mula lagi jika dilihat karya beliau pada tahun 2010 seperti kebiasaan pelukis muda ini minat kepada unsur romantis terutama sekali karya pemandanga­n yang sangat ideal dalam imaginasi. Sebagai contoh karya bertajuk Kampung Ku menunjukka­n sebuah lukisan pemandanga­n kampung tradisi yang dikeliling­i oleh sawah padi yang biasa terdapat di negeri Sabah sebelum merdeka.

 ??  ??
 ??  ?? MADUNI bergambar bersama salah satu mercu tanda.
MADUNI bergambar bersama salah satu mercu tanda.
 ??  ?? KAMPUNG Ku. Catan Minyak.
KAMPUNG Ku. Catan Minyak.
 ??  ?? MADUNI dan karya arca timbul.
MADUNI dan karya arca timbul.
 ??  ?? TEPI Sungai Gayang. Catan Minyak.
TEPI Sungai Gayang. Catan Minyak.
 ??  ?? SIRIH Pinang. Akrilik.
SIRIH Pinang. Akrilik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia