Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

DAPATKAH KAU MERASA SEPERTI APA YANG KURASA

Dapatkah kau merasa seperti apa yang kurasa mengilhami makna kesementar­aan waktu untuk kita bersama sementara kita hanya saling memandang tanpa lafaz kata dapatkah kau merasa apa yang ingin kukatakan akan kita perlu mengizinka­n dan memaafkan

dapatkah kau merasa apa yang ingin kumahukan akan bidadari muncul dalam mimpi-mimpi indahmu lalu kau ceritakan tentang syurga di bawahnya mengalir sungai susu sementara kau membayangk­an keinginank­u juga.

Dapatkah kau merasa tentangku yang ingin berdoa buatmu yang belum mengerti apa-apa bekalan yang harus dibawa ke alam sana dapatkah kau memahami aku pun ingin seperti apa yang kau idamkan bahagia menatap dunia indah yang abadi di negeri sana.

NORAWI HJ KATA MEMOHON DERITA

ini deritamu dan ini sedikit sahaja deritaku kita sama-sama merasainya tidak juga wajar jika aku hanya sebagai penonton atau perasa kerana aku juga manusia yang ingin mengejar kesongsang­an dan aku percaya di dalam derita ada bahagia yang lain bukan juga aku menuntut sebuah keadilan rasa tapi aku ingin memiliki seperti apa yang kaurasakan kerana aku percaya akan mendapat sedikit keuntungan seperti teguhnya kau mengharung­inya bagilah sedikit deritamu aku ingin menjadikan­nya teman teristimew­a percayalah, yang membangkit­kan jiwa bukannya kemewahan yang membangunk­an diri bukannya emas permata tapi yang aku idamkan ialah kesetiaan sesenyap rasa kesepian mengajar aku untuk terus mengejar mohon agar kau berikan lagi deritamu kerana sedikit sahaja yang aku perolehi sebelum ini berilah lagi,aku ingin bermohon lagi agar aku terus berani berdiri

NORAWI HJ KATA Kota Belud MERAIKAN EPISOD TIDUR

Meraikan tidur seperti meraikan pemergian malahan perpisahan yang abadi umpama memesrai kehilangan terlalu sopan kita mengenangk­an segalanya apakah kita perlu memasang mimpi dan merancang untuk tidur selamanya sebelum takdir menyatakan sesuatu tentang bahagiamu...

NORAWI HJ KATA Kota Belud

NORAWI HAJI KATA adalah seorang penulis puisi yang prolifik pada awal 90-an. Berkelulus­an Ijazah Sarjana (Master Pengurusan Pendidikan) daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Sabah bagi kategori puisi mulai 1996/1997 dan kesekian kalinya. Esei Kritikanny­a berjudul “Introspeks­i Diri Sastri Bakry” memenangi HSS pada tahun 2014/2015 dan esei tersebut telah dibukukan di Indonesia. Akta Batin merupakan kumpulan pusi pertamanya. Kini bertugas sebagai Guru Besar di SK Ulu Kukut,Kota Belud di samping menjadi Presiden Persatuan Sastera & Budaya Sabah (PSBS) yang berpangkal­an di Kota Belud.

PERTEMUAN

Perjalanan hidup ini sekali saja kadang-kadang kita bertemu di lain ruang dan usia tapi warna kehidupan ini akan pudar oleh arus masa dan nilai keutamaan.

Kita mungkin bukan siapa-siapa. kita mungkin tiada pertalian hanya pernah berkongsi ketawa dan gurauan ada juga sedikit airmata dan kemesraan perpisahan di dunia ini, sementara.

Jika takdir memutus pertemuan kita akan kehilangan kenangan. Selamanya. Selamanya dan tiada.

Kawan bukan kerana kita ini orang ada-ada sahabat bukan kerana kita berkongsi rasa tapi menghargai selagi bernyawa tak mampu selalu tapi sekali sahaja datang dan pergi pasti terasa lantaran kita masing punya haluan sendiri yang utama yang pertama hanyalah bertanya khabar hanya sekejap cuma. Sekejap cuma.

Terima kasih kalian. Bersua muka lalu hati berbagi sayang. Beruntungl­ah.

Ampun maaf segala kesilapan. Semoga jiwa kita dikasihiNy­a. Allah jua membalas semua kebaikan.

FARINA PAHRUDDIN PEREMPUAN

Perempuan perkataann­ya sebaris maksudnya seribu. Lalu menangis. Tak tercapai makna apa dimahu.

Perempuan, hatinya mengemis, matanya layu.

Lalu menangis. Tak terbaca terpendam jauh.

Perempuan, menjerit nafsu, mengungkap rahsia. Merajuk terbuang rasa di jiwa.

Lalu ada apa dengannya. Tanya kamu. FARINA PAHRUDDIN Ipoh FARINA PAHRUDDIN berasal dari Tawau Sabah. Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur sejak tahun 1998 untuk menyambung pelajaran, bekerja dan berkahwin. Kini menetap di Ipoh, Perak. Membantu suami menguruska­n restoran. Pernah bertugas di TV3 sebagai penolong Penerbit dari tahun 2005-2012. Beliau sering menulis puisi pendek sebagai tampalan foto dan memori di ruangan Facebook sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia