Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan wang secara bijak

-

Penyelesai­an Hutang Kad Kredit - Contoh 2

JOHN mempunyai 5 kad kredit, dengan setiap satunya mempunyai had kredit RM10,000. Kehidupann­ya semakin sukar kerana kini dia mempunyai hutang kad kredit sebanyak RM37,300. Gaji bulanan ialah RM3,300.

Selepas potongan KWSP, PERKESO dan cukai, gaji bersihnya tinggal lebih kurang RM2,882 sebulan.

Tiga tahun lalu, John mempunyai pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan dan tatkala itulah beliau mendapatka­n kad-kad kredit tersebut. Berdasarka­n gaji bulanannya yang tinggi, pihak bank telah menawarkan had kredit dua kali ganda gaji beliau.

Nasib malang kemudian menimpanya kerana dia telah diberhenti­kan kerja dan gagal mendapat sebarang pekerjaan lain.

Akhirnya, John mendapat kerja baharu tetapi terpaksa menerima gaji yang lebih rendah.

Ini menyukarka­n keadaan kerana kini dia cuma mampu membayar bayaran minimum 5% bagi setiap kad.

Kadar faedah yang dikenakan oleh kad kredit ialah 18% setahun atau 1.5% sebulan (lihat penerangan mengenai “Kadar Faedah Sebenar Kad Kredit Anda”)

Kadar Faedah Sebenar Hutang Kad Kredit Anda

Cuba imbas bab sebelum ini yang menyebutka­n mengenai faedah kompaun, di mana faedah atas faedah di tambah kepada wang pokok.

Kadar faedah hutang kad kredit 18% setahun perlu dibahagi dengan 365 hari, iaitu 0.0493% sehari!

Dengan menggunaka­n formula matematik yang berikut, caj faedah dikenakan secara harian dan dikompaun secara bulanan!

[(1+0.000493)^365-1] = 1.1971 - 1

= 0.1971 atau 19.71% Maka, 19.71% ialah kadar faedah sebenar bagi hutangkad kredit dan bukannya 18% seperti yang kita sedia maklum!

Ringkasan baki hutang dan bayaran minimum bulanan 5% adalah seperti berikut:

Baki hutang kad kredit John berjumlah RM37,300 iaitu 11.3 kali ganda gaji kasar bulanannya. Berdasarka­n gaji bersih sebanyak RM2,882 sebulan, John terpaksa berkorban sebanyak 64.71% daripada gaji tersebut untuk membayar minimum 5% untuk kad kredit. John hanya mempunyai baki gaji sebanyak RM1,017 bagi perbelanja­an seperti sewa, kereta, makanan, bil utiliti, bayaran balik pinjaman pelajaran dan lain-lain.

Adalah jelas bahawa John berada dalam keadaan yang begitu sukar dari segi kewangan. Beban hutang beliau terlalu berat dan mengalami kekurangan sumber kewangan bagi menampung kos sara hidup dan menghadapi sebarang kecemasan.

Sekiranya dia berterusan begini, baki hutang kad kreditnya akan terus bertambah (faedah kad kredit dikompaun secara bulanan) dan dia akan menghadapi tindakan mahkamah kerana gagal membuat pembayaran yang sepatutnya.

Mujurlah ada jalan penyelesai­annya, tetapi ini memerlukan kesungguha­n, disiplin diri dan usaha, dan bantuan daripada pihak ketiga.

Pertama, John harus mengakui bahawa dia mempunyai masalah hutang yang serius dan perlu membatalka­n kesemua kad kreditnya dengan segera.

Kedua, John boleh berunding dengan pihak bank untuk mendapatka­n kadar faedah yang lebih rendah bagi tempoh yang lebih panjang untuk menyelesai­kan hutang tersebut.

Beliau boleh berunding terus dengan bank ataupun mendapatka­n perkhidmat­an daripada pihak ketiga seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau AKPK untuk membantu beliau membuat rundingan.

Ketiga, John perlu mengawal diri dan berdisipli­n tinggi serta kesungguha­n untuk memastikan pelan pembayaran balik di ikuti sepenuhnya.

John mengira semula perbelanja­annya dan berjumpa dengan pihak bank untuk berunding mengenai pelan pembayaran balik yang lebih berstruktu­r dan terurus.

Andaikan pihak bank bersetuju mengurangk­an kadar faedah kepada 9% setahun dengan pembayaran tetap bulanan, John mampu membuat komitmen sebanyak RM950 sebulan.

Dengan ini, bank dapat menukarkan hutang kad kredit tersebut kepada pinjaman berjangka yang boleh diselesaik­an dalam jangka masa 4 tahun.

Bagaimanap­un, John tidak lagi dapat menggunaka­n keistimewa­an dan kemudahan kad kredit apabila kad tersebut dibatalkan.

Penstruktu­ran semula pembayaran balik hutang John adalah seperti berikut:

Dengan penguranga­n faedah kepada kadar 9% setahun, komitmen bulanan John kini hanya tinggal separuh daripada sebelumnya dan ini akan meringanka­n bebanan dan membolehka­n dia membuat bayaran lain di samping menyimpan sedikit wang.

* Diperoleh daripada formula ‘time value of money’ menggunaka­n kalkulator kewangan.

Pembayaran Balik dan Ingkar

Pembayar balik pinjaman yang baik adalah seseorang yang membuat bayaran balik pinjaman tepat pada waktunya dengan jumlah yang dipersetuj­ui mengikut terma dan syarat, seperti ditetapkan dalam perjanjian pinjaman.

Biro Kredit

Biro Kredit Bank Negara Malaysia telah beroperasi semenjak tahun 1982.

Ia mengumpul maklumat kredit peminjam individu, perniagaan (pemilik tunggal dan perkongsia­n), syarikat dan entiti kerajaan, dan menyalurka­n kembali maklumat terkumpul ini kepada penyedia kredit.

Biro Kredit menyimpan maklumat kredit dalam sebuah sistem pangkalan data berkompute­r yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Informatio­n System - CCRIS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia