Utusan Borneo (Sabah)

Jutawan India manipulasi sistem perbankan India

-

INDUSTRI perbankan India kecoh dengan kes penipuan melibatkan ahli perniagaan negara itu yang bertaraf jutawan melakukan penipuan besar-besaran melibatkan hampir AS$1.8 bilion (RM7 bilion).

Punjab National Bank (PNB), sebuah daripada bank swasta terbesar di India, baru-baru ini melaporkan komplot melibatkan syarikat peniaga berlian milik Nirav Modi yang mengeluark­an surat aku janji palsu (LoU) atau jaminan yang membolehka­n mereka memperoleh pinjaman dari cawangan bank India di luar negara.

Nilai urus niaga dalam kes penipuan itu melebihi 114 billon rupee (RM7 bilion), menjadikan­nya skandal perbankan terbesar India.

Agensi penyiasat utama India iaitu the Central Bureau of Investigat­ion (CBI) dan Enforcemen­t Directorat­e dilaporkan sedang menyiasat kes ini yang bukan sahaja menggoncan­g sektor perbankan negara ini tetapi juga membuatkan kerajaan serta parti pembangkan­g saling menuding jari.

Syarikat Modi memperoleh LoU dari cawangan PNB di Mumbai dengan bantuan seorang kakitangan bank berkenaan.

Bank itu menamakan Diamonds R Us, Solar Exports serta Stellar Diamonds dalam aduan mereka.

CBI juga mengemukak­an kes terhadap Mehul Choksi iaitu ketua kumpulan syarikat barang kemas Gitanjali.

Beliau adalah bapa saudara dan didakwa rakan perniagaan Modi.

Penipuan ini dilaporkan berlaku dalam tempoh tujuh tahun dan yang menjadi persoalan ialah kaedah pengaudita­n bank berkenaan, amalan pengurusan risiko serta sistem sekat dan imbangan dalaman bank itu. Peniaga berlian berusia 47 tahun itu yang mengambil aktres terkemuka Bollywood, Priyanka Chopra sebagai duta barang kemasnya serta mempunyai ramai pelanggan Hollywood dan antarabang­sa, dilaporkan telah meninggalk­an India sejak Januari lagi.

Keluarga Modi termasuk isterinya yang berbangsa Amerika, Ami, serta saudara lelakinya Nishal Modi, warganegar­a Belgium, meninggalk­an India sebelum skandal itu terbongkar.

Modi, kelahiran India, dibesarkan di bandar Antwerp, Belgium. Ayah beliau memulakan perniagaan berlian di Antwerp dan dari bandar itu, jenama barangan perniagaan­nya berkembang ke China, Britain, Amerika Syarikat dan negara lain.

Kerajaan India telah membatalka­n pasport Modi dan Choksi atas nasihat pihak Enforcemen­t Directorat­e.

Kes Nirav Modi memalukan kerajaan India yang sebelum ini pernah dikecam hebat kerana gagal menyekat jutawan Vijay Mallya dari melarikan diri ke Britain pada 2016.

Mallya, yang dikenali sebagai ‘King of Good Times’, memiliki syarikat penerbanga­n yang sudah tidak lagi wujud iaitu Kingfisher Airlines serta empayar perniagaan arak mempunyai hutang kirakira 90 bilion rupee (RM4.5 bilion) dengan bank India.

Menurut Parti Kongres, Nirav Modi, yang dipanggil ‘Chhota Modi Two’ (Little Modi Two), menggunaka­n pengaruh politik untuk meninggalk­an India. Parti itu juga menggelar Lalit Modi, jutawan yang dikenali menguruska­n kriket Liga Perdana India dan lari ke Britain selepas berdepan dengan siasatan cukai di India sebagai ‘Chhota Modi One’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia