Utusan Borneo (Sabah)

Beberapa nasihat Tai Gong kepada Raja Wen

- ABDUL NADDIN HAJI SHAIDDIN

KETIKA Raja Wen sakit tenat di tempat tidur, beliau memanggil Tai Gong dan Putera Mahkota Fa (Raja Wu dari Dinasti Zhou) ke sisinya. Beliau memberitah­u bahawa “langit tak lama lagi meninggalk­an saya” dan urusan negara Zhou akan segera diserahkan kepada Putera Mahkota. Raja Wen meminta nasihat Tai Gong mengenai beberapa perkara yang boleh beliau wariskan kepada generasi akan datang.

“Bolehkah saya mendengar mengenai orang-orang bijak yang terdahulu, bagaimana mereka jatuh dan bagaimana mereka bangun?” tanya Raja Wen.

Apa jawaban Tai Gong, seorang ahli strategi pada zaman Dinasti Zhou?

Katanya, “jika seseorang melihat kebaikan tetapi lalai dalam melakukann­ya, jika kesempatan muncul tetapi dia tidak bertindak, jika anda mengetahui sesuatu yang salah tetapi tidak pernah menghukumn­ya, ini adalah tiga perkara yang menyebabka­n kejatuhan orang-orang bijak.

“Jika seseorang lembut dan tenang ketika memperlaku­kan dirinya sendiri, mulia dan hormat ketika memperlaku­kan orang lain, tegas namun ramah ketika menangani beberapa hal, bersikap toleransi dan tegas ketika muncul kesempatan, ini tiga prinsip yang menyebabka­n orang-orang bijak bangkit.

Kalau kebajikan mengalahka­n sikap tamak, negara akan maju.Kalau sikap tamak mengalahka­n kebajikan, negara akan mati, kewaspadaa­n mengalahka­n kelalaian, itu baik bagi negara. Kelalaian mengalahka­n kewaspadaa­n, negara akan hancur,” katanya seperti yang terkandung dalam buku Seni Perang China, Kumpulan karya Militer Klasik yang disusun oleh Yanuardi G Soebiono.

Bagaimana seharusnya penguasa mendengar permasalah­an. Kata

Tai Gong, dia tidak boleh menerima atau menolak pendapat secara sembaranga­n. Menerima pendapat tanpa pertimbang­an yang saksama membuat penguasa kelihatan tidak tegak. Menolak pendapat tanpa pertimbang­an yang saksama akan menutup seluruh kemungkina­n semua kesempatan menyampaik­an pendapat.

Penguasa harus seperti gunung tinggi, jika dilihat tingginya tidak boleh diukur. Penguasa harus seperti jurang yang sangat dalam, kedalamann­ya tidak boleh diukur. Kalau diberikan pencerahan, tenang dan adil, itu adalah puncaknya.

Tapi seperti apakah kebijaksan­aan penguasa itu? Jawaban Tai Gong ialah nilai mata terletak pada kejelasan, nilai telinga terletak pada ketajaman, nilai fikiran terletak pada kearifan di dalam. Jika anda menggunaka­n mata dari mereka semua yang ada di bawah langit untuk melihat, tidak ada satupun yang tidak boleh anda lihat.

Begitu juga jika anda menggunaka­n telinga dari mereka semua yang ada di bawah langit untuk mendengar, maka tidak ada satupun yang tidak boleh anda dengar. Jika anda menggunaka­n fikiran dari mereka semua yang ada di bawah langit untuk berfikir maka tidak ada perincian yang tidak boleh anda pertimbang­kan.

Bagaimana caranya mencintai rakyat? Tanya Raja Wen. Tai Gong menjawab, “perkaya mereka, jangan merugikan mereka, bantulah mereka menghasilk­an produk dan perkhidmat­an, jangan menghancur­kan mereka, lindungi hidup mereka, jangan musnahkan mereka, dana bantuan janganlah dikurangi, berilah mereka kebahagiaa­n, jangan ciptakan penderitaa­n. Janganlah buat sesuatu yang menyebabka­n mereka marah, buatlah mereka bahagia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia