Utusan Borneo (Sabah)

Ketua Wanita PBDSB harap hak negeri akan dikembali

-

KUCHING: Ketua Wanita Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Sylvia John menaruh harapan tinggi terhadap Perdana Menteri yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad agar mengembali­kan hak-hak negeri ini yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau yang menerima baik pelantikan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh, berharap kepimpinan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menunaikan janji-janji mereka kepada negeri ini dan negara secara keseluruha­nnya.

“Sejujurnya saya sendiri tidak menjangka bahawa Tun akan diberikan mandat oleh rakyat untuk menjadi Perdana Menteri kita buat kali kedua selepas 15 tahun bersara dari dunia politik.

“Saya telah membesar di bawah pemerintah­an beliau selama 22 tahun dan saya berharap Tun akan membawa pembaharua­n kepada rakyat di negeri ini dannegarak­eseluruhan­nya,” kata Sylvia menerusi WhatsApp, pada Jumaat.

Meskipun menyanjung­i Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, namun sebagai rakyat beliau tidak menafikan ada antara dasar yang diperkenal­kan Tun Dr Mahathir ketika pemerintah­annya terdahulu.

Antaranya, penghakisa­n hak-hak Sarawak dalam MA63 yang mana kini cuba dikembalik­an semula oleh rakyat dan kerajaan negeri ini.

“Ini adalah antara perkara yang amat kita kesali dan kita berharap Tun Dr Mahathir dan kerajaan PH yang baharu dibentuk akan mengembali­kan hak kita,” katanya.

Sylvia turut berharap Tun Dr Mahathir akan melunaskan hutang negara yang telah membebanka­n kehidupan rakyat di negeri ini dan negara.

Dari segi pembanguna­n pula, Sylvia berharap Sarawak tidak akan diketepika­n daripada agenda pembanguna­n kerajaan PH meskipun Sarawak kini negeri pembangkan­g.

Harapan lain termasukla­h mengiktira­f bangsa orang asal Sarawak sebagai bangsa Dayak dan bukannya Bumiputera kelas kedua.

 ??  ?? SYLVIA
SYLVIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia