Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh maut dalam kes tembakan

Mangsa melibatkan tiga generasi keluarga, disyaki membunuh diri

-

SYDNEY: Tiga generasi dari sebuah keluarga telah dilaporkan semalam sebagai mangsa dalam kejadian tembakan beramai-ramai terburuk di Australia dalam tempoh 22 tahun, yang kelihatan seperti pembunuhan bunuh diri di mana tujuh orang telah ditemui meninggal dunia.

Pihak polis telah menolak untuk mendedahka­n identiti empat kanak-kanak dan tiga orang dewasa yang ditemui kelmarin di sebuah rumah pedalaman berhampira­n wilayah pembuatan wain Margaret River di Australia Barat.

Namun para jiran tetangga memberitah­u media tempatan mangsa yang terbunuh adalah seorang wanita dikenali sebagai Katrina Miles, anak-anaknya berusia lapan hingga 13 tahun dan ibu bapanya.

Dua pucuk senjata api telah ditemui bersama dengan mayat itu dan pihak polis tidak menyebut mengenai mana-mana suspek dalam kes berkenaan, mencadangk­an satu pembunuhan bersifat bunuh diri walaupun ini masih belum disahkan.

Felicity Haynes, yang tinggal di se buah rumah berdekatan, memberitah­u pihak penyiaran ABC bahawa keluarga yang terlibat merupakan “jiran yang baik.”

“Mereka adalah sebuah keluarga yang sangat peka dari segi sosial, melakukan sebaik mungkin bagi membentuk sebuah komuniti yang sihat, dan itulah sebab kenapa kejadian ini sangat mengejutka­n,” jelas beliau.

Kejadian tembakan beramai-ramai adalah bukan perkara biasa di Australia dan kejadian tembakan tersebut adalah yang paling teruk sejak satu pembunuhan beramai-ramai pada 1996 yang menyebabka­n 35 kematian di Port Arthur di Tasmania, selepas kerajaan mewujudkan undang-undang senjata yang tegas.

Lima mayat telah ditemui di dalam sebuah bangunan, menurut kepada pihak polis, di mana laporan menyatakan sebagai Miles dan empat orang anaknya – dua orang lelaki dan dua orang perempuan.

Dua mayat lagi, ditemui di luar, telah dilaporkan sebagai ibu bapa Miles,

Cynda dan Peter Miles. Kenyataan Facebook oleh Katrina dan Cynda Miles, dipetik oleh media tempatan, merujuk kepada anak-anak adalah semuanya menghidap autistik dan belajar di rumah.

Kejadian tembakan berlaku di pekan kecil Osmington, berhampira­n dengan Margaret

River, satu destinasi pelanconga­n terkenal dikenali dengan wain, meluncur ombak dan kecantikan alam semulajadi­nya.

Seorang jiran memberitah­u akhbar West Australian beliau telah dikejutkan dengan bunyi tembakan pada kira-kira jam 4:00 pagi kelmarin, namun memikirkan ia sebagai seseorang menembak kangaru, yang banyak berkeliara­n di kawasan ini.

“Ia tidak sehingga saya melihat pihak polis barulah saya memikirkan, ‘Tunggu sekejap’,” Meg Janes memberitah­u pihak akhbar. “Tembakan tidak serentak, terdapat satu jarak yang lama di antara tembakan.”

Pihak polis menyatakan mereka telah pergi ke tepat kejadian selepas menerima satu panggilan daripada seorang lelaki berhubung dengan kawasan tersebut pada jam 5:15 pagi waktu tempatan, namun tidak memberikan maklumat lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia