Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki cedera ‘ditembak’ anjing

-

WASHINGTON: Orang selalu menyebut bahawa anjing yang menggigit manusia bukanlah berita – maka itu seekor anjing peneman dipercayai telah membuat keputusan untuk menjadi bahan berita.

Seorang lelaki berusia 51 tahun dari negeri Iowa, Amerika Syarikat (AS), berkata dia ditembak oleh anjingnya sendiri ketika dia bermain dengan anjing peliharaan­nya itu di rumah, media tempatan melaporkan kelmarin.

Richard Remme dari Fort Dodge sedang menggalakk­an anjingnya Balew, kacukan antara anjing ‘pit bull’ dengan anjing ‘labrador’, untuk melompat ke atas pahanya ketika dia baring di atas sofa apabila anjing itu dipercayai terpetik penutup keselamata­n pistol 9mm yang dia bawa di dalam tali pinggangny­a.

“Saya sedang baring di atas bangku panjang, dan kami bermain-main, saya dan anjing itu. Dan saya melontarny­a dari paha saya, dan dia terjun balik ke atas paha saya,” katanya kepada akhbar The Messenger selepas dibenarkan pulang dari hospital.

“Dia terlanggar alat keselamata­n satu kali, dan apabila dia melompat balik, salah satu jari kakinya masuk betul-betul ke dalam pengawal pemicu,” kata pemilik anjing yang cedera itu.

“Ia memiliki alat keselamata­n pemicu serta alat keselamata­n ibu jari, dan ia telah menghantuk kedua-duanya, dan tembakan terlepas dan masuk ke dalam kaki saya, tetapi tidak menyebabka­n kerosakan besar kepada apa-apa.”

Remme menghubung­i 911 dan memberitah­u operator kecemasan: “Anjing saya menembak saya.”

“Saya tidak pernah perkara seperti itu,” kata ketua polis bandar raya Roger Porter kepada akhbar berkenaan.

“Saya pernah mendengar tentang senapang yang terjatuh di atas lantai dan melepaskan tembakan, dan orang bermain-main dan tembakan terlepas. Saya tidak boleh mengatakan saya pernah mendengar cerita anjing sebelum ini.”

Penolongny­a Cory Husske kemudian mengeluark­an kenyataan untuk memberitah­u siasatan polis “tidak dapat membuktika­n atau menolak kenyataan lelaki itu mengenai apa yang berlaku”, dan menambah, oleh sebab itu, mereka tidak ada rancangan untuk membuat dakwaan.

“Hanya di Amerika sahaja anda dapat ditembak oleh anjing anda,” kata Shannon Watts, pengasas ‘Moms Demand Action for Gun Sense in America’, sebuah organisasi yang menuntut kawalan senjata api yang lebih ketat di AS.

Insiden itu ternyata agak keterlalua­n bagi Balew, yang digambarka­n oleh Remme sebagai anjing besar yang baring dan menangis selepas senjata api itu melepaskan tembakan.

“Ia sangka ia dalam masalah kerana melakukan sesuatu yang salah,” kata Remme.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia