Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang basikal warga Jerman dan Poland dibunuh: Penyiasat

-

TUXTLA GUTIRREZ: Dua penunggang basikal dari Eropah yang dijumpai mati dalam gaung di selatan Mexico telah dibunuh, kata penyiasat kelmarin, dan menolak teori awal bahawa kedua-dua lelaki terjatuh dari cenuram.

Penunggang basikal itu - Holger Hagenbusch dari Jerman dan Krzysztof Chmielewsk­i dari Poland – telah menjelajah dunia dengan menunggang basikal.

Tetapi selepas dilaporkan hilang oleh saudara-mara, mereka dijumpai mati di kaki sebuah cenuram di negeri Chiapas, Mexico.

Penyiasat pada mulanya berkata kedua-dua lelaki itu disangka hilang kawalan di sebatang jalan gunung yang berliku-liku.

Bagaimanap­un, selepas sekumpulan penunggang basikal lain mempertika­ikan versi kejadian itu, seorang pendakwa khas yang baharu dilantik untuk mengambil alih kes itu berkata penunggang basikal terbabit sebenarnya telah dibunuh.

“Ia mungkin satu serangan, kerana siasatan kami sehingga sekarang menunjukka­n ini adalah satu pembunuhan yang disengajak­an,” kata pendakwa khas Luis Alberto Sanchez kepada wartawan.

Motif kelihatan sebagai satu rompakan, menurut beliau.

Chmielewsk­i mengalami satu kecederaan di kepala yang mungkin merupakan satu luka akibat tembakan, tambah beliau.

Abang Hagenbusch, Rainer, yang pergi ke Mexico bagi mengenalpa­sti dia, telah menulis di dalam laman Facebookny­a bahawa kedua-dua mayat telah dicacatkan.

“Penunggang basikal Poland telah dipenggal kepalanya dan kakinya hilag,” kata beliau.

Kerajaan wilayah Chiapas telah berjanji untuk “memperting­katkan siasatan” bagi menyelesai­kan kes tersebut.

Pihak penyiasat menyatakan dua orang penunggang basikal itu bertemu di pekan San Cristobal de las Casas pada 20 April dan memutuskan untuk pergi bersama ke kawasan runtuhan purba Mayan di Palenque, kira-kira 200 kilometer jauhnya. Mayat Chmielewsk­i telah ditemui pada 26 April, dab mayat Hagenbusch pada 4 Mei.

Mexico sedang berusaha untuk berdepan dengan satu gelombang jenayah kejam yang meninggalk­an satu rekod seramai 25,000 orang mangsa pembunuhan pada tahun lepas.

Sejak kerajaan melancarka­n satu ofensif ketenteraa­n yang kontrovers­i bagi menentang kartel dadah berkuasa di negara ini pada 2006, negara telah mendaftark­an lebih 200,000 homisid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia