Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Buhari yang sakit pulang ke Nigeria

-

ABUJA: Presiden Muhammadu Buhari telah kembali ke Nigeria kelmarin, menurut pejabatnya, selepas ketiadaan beliau selama tiga hari atas sebab perubatan.

“Presiden @MBuhari telah kembali ke Abuja. Beliau tiba pada petang ini dari London,” tulis pihak presiden di dalam akaun Twitternya.

Bekas pemerintah tentera berusia 75 tahun, pada tahun lepas telah menghabisk­an tempoh lima bulan menerima rawatan di bandar utama British, telah pergi pada Selasa lepas untuk menemui doktornya di sana.

Tindakanya­ngmenimbul­kan kecurigaan baharu mengenai kesihatan presiden dan kemammpuan­nyauntukbe­rkempen bagi pilihan raya semula denganpeng­undiandija­dualkan pada Februari tahun depan.

Pihak pembangkan­g utama di Nigeria Parti Demokratik Rakyat (PDP) menyatakan Buhari adalah jelas tidak sihat dan tidak mampu untuk mentadbir.

Buhari tidak menyatakan sifat sebenar bagi keadaannya, hanya menyatakan bahawa beliau “tidak pernah sakit sebegini” dan menyatakan ia melibatkan pemindahan darah dan beberapa pemeriksaa­n.

PDP sebelum ini mendakwa beliau telah menerima rawatan bagi kanser prostat.

Buhari telah menyatakan dakwaan tersebut sebagai tidak benar.

Kesihatanp­residenmer­upakan satu isu yang sensitif di Nigeria selepas kematian ketika memegang jawatan pada 2010 presiden ketika itu maru Musa Yar’Adua, yang berlaku selepas rawatan di luar negara selama beberapa bulan dan mencetuska­n kacau-bilau politik selama beberapa bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia