Utusan Borneo (Sabah)

Sekeluarga dikejar harimau kumbang di taman hidupan liar

-

THE HAGUE: Sebuah keluarga termasuk seorang wanita membawa seorang kanak-kanak kecil telah dikejar oleh beberapa ekor harimau kumbang selepas keluar dari kereta mereka di sebuah taman hidupan liar Belanda, menurut sebuah video YouTube kelmarin yang telah ditonton berjutajut­a kali.

Di dalam video, diambil pada Isnin di Taman Safari Beekse Bergen, keluarga tersebut dilihat cuba menangkis serangan dua ekor harimau kumbang selepas amaran keselamata­n.

Dikenal pasti sebagai rakyat Perancis oleh media Belanda, dua anggota keluarga itu melarikan diri menerusi bahu jalan berumput kembali ke kereta ketika seekor harimau kumbang berlari melepasi mereka untuk menyertai harimau kumbang besar lain yang kelihatan sebagai mengejar kanak-kanak kecil.

Wanita itu kemudian mendukung kanak-kanak itu sebelum beliau sendiri berlari ke arah kereta diikuti oleh anggota lain dalam kumpulan tersebut.

Pertembung­an yang menakutkan itu telah dirakamkan oleh Robin de Graaf yang turut melawat taman tersebut di selatan negara.

“Kami telah hampir-hampir melihat seluruh keluarga terkorban,” pemuda berusia 24 tahun ‘sangat terkejut’ memberitah­u televisyen awam Belanda NOS.

Kelmarin, video beliau telah ditonton oleh lebih dari 2.5 juta kali.

Pihak pengurusan taman menyatakan terdapat banyak papan tanda ‘yang sangat jelas’ memberitah­u para pelawat agar sentiasa berada di dalam kenderaan mereka sepanjang masa.

Ia menjelaska­n insiden sebagai ‘pengecuali­an’, sambil menambah bahawa ia bernasib baik keluarga tersebut berada dalam keadaan selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia