Utusan Borneo (Sabah)

GAUM bubar berkuat kuasa Isnin

-

KOTA KINABALU: Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), sebuah badan kerajaan yang ditubuhkan pada 2015, secara rasminya dibubarkan Isnin.

Pengerusin­ya Datuk Zulkarnain Mahdar berkata dengan pengumuman itu, semua cawangan GAUM di seluruh negara turut dibubarkan Isnin.

“Saya juga ingin menegaskan dan memberikan amaran, (saya) telah mengumpulk­an panel peguam bagi tindakan menyaman individu yang cuba menyerang, memfitnah dan menakut-nakutkan saya, keluarga dan ahli-ahli saya selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya.

“Saya juga akan membuat laporan secara rasmi kepada pihak Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) untuk melihat masa depan aktivis masyarakat seperti kami, yang berlawanan arus dengan Pakatan Harapan agar keselamata­n kami dapat terus terjamin dan kebebasan bersuara dapat dipelihara sepenuhnya di Malaysia,” katanya dalam kenyataan Isnin.

Katanya beliau percaya sistem keadilan di negara ini masih dalam keadaan normal serta bebas daripada campur tangan pihak ketiga dan menggesa pimpinan PH termasuk sekutunya iaitu Parti Warisan di Sabah agar menghormat­i pihak lawan mereka secara berhemah.

Zulkarnain juga meminta kepimpinan PH dan Warisan agar dapat menasihati anggota mereka untuk tidak membuat provokasi yang melampau terhadap pihak lawan.

“Saya bersedia berhadapan dengan tindakan undangunda­ng negara sekiranya saya didapati bersalah,” katanya.

Katanya lagi, beliau tidak pernah gentar berhadapan dengan tindakan undangunda­ng sedia ada di Malaysia dan akan sentiasa bersedia dengan kumpulan panel peguamnya, namun berharap agar undang-undang di Malaysia perlu telus dan adil. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia