Utusan Borneo (Sabah)

Tempoh kontrak Irwan Serigar sebagai Ketua Setiausaha Perbendaha­raan dipendekka­n ke 14 Jun

-

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan kontrak perkhidmat­an Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai Ketua Setiausaha Perbendaha­raan dipendekka­n kepada 14 Jun tahun ini (2018), kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Menurut Ali dalam satu kenyataan pada Isnin, Mohd Irwan Serigar dilantik secara kontrak sebagai Ketua Setiausaha Perbendaha­raan mulai 7 Mac tahun lepas (2017) hingga 6 Mac 2019.

“Mulai 14 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018, pegawai (Mohd Irwan Serigar) ditempatka­n di Jabatan Perkhidmat­an Awam dan tidak dibenarkan menjalanka­n tugas sebagai Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Kementeria­n Kewangan atau apa-apa yang berkaitan dengan Kementeria­n Kewangan,” kata Ali.

Ketika Bernama cuba mendapatka­n reaksinya pada tengah hari di perkaranga­n Perbendaha­raan, Presint 2, di sini Isnin berikutan desas-desus berhubung isu perjawatan­nya, beliau bagaimanap­un tidak memberi sebarang reaksi.

Kebiasaann­ya Mohd Irwan Serigar adalah seorang yang mudah didekati media.

Mohd Irwan Serigar memasuki bangunan Perbedahar­aan kirakira11.45 pagi selepas menghadiri mesyuarat khas yang dipengerus­ikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pegawaipeg­awai kanan perkhidmat­an awam mengenai pelaksanaa­n 10 janji 100 hari kerajaan di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Presint 8.

Pada kira-kira 1 tengah hari beliau meninggalk­an bangunan Kementeria­n Kewangan itu dengan mengepit sebuah fail lalu beredar dengan keretanya tanpa bercakap kepada Bernama. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia