Utusan Borneo (Sabah)

Umno perlu pimpinan baharu: KJ

-

KUALA LUMPUR: UMNO memerlukan satu barisan kepimpinan baharu yang mampu memulihkan parti untuk menarik semula kepercayaa­n rakyat, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) itu juga berkata pimpinan parti yang baharu itu tidak semestinya datang daripada golongan muda tetapi mereka yang mempunyai kredibilit­i tinggi dan idea-idea yang membangun.

“Ini bukan soal muda atau kekalkan yang lama, apa yang penting sekarang ialah UMNO mesti dipimpin oleh individu yang bijaksana,” katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Isnin.

Pada Sabtu lalu, Datuk Seri N aji b Tun R a z a k melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, berkuat kuasa serta-merta susulan prestasi buruk BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

PRU14 menyaksika­n penguasaan 60 tahun BN di persada pemerintah­an negara berakhir apabila hanya menang 79 daripada 222 kerusi Parlimen.

BN turut hilang kuasa di Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak dan Sabah.

Sementara itu, Khairy berkata beliau menyerahka­n keputusan kepada kerajaan yang baharu sama ada ingin meneruskan atau mengakhiri program dan dasar kerajaan sebelum ini termasuk Agenda Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

“Jika mereka berpendapa­t bahawa program tersebut boleh diguna maka mereka boleh meneruskan­nya, tetapi jika mereka rasakan program tersebut sudah tidak relevan maka tak perlu.

“Cuma saya harapkan perkara ini boleh dilihat secara kebaikan objektif melalui penilaian yang profesiona­l,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia