Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa edar dadah cuba lari ketika ditangkap

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing Nurddin Sahibhddin, 44, yang didakwa mengedar dadah seberat 55.85 gram, cuba melarikan diri ketika ditangkap polis.

Pihak pendakwaan membacakan hujah pembukaan terbabit terhadap tertuduh, di hadapan hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad, yang mana pada Isnin perbicaraa­n bermula.

Pada 2 Disember 2016 jam 6.10 petang, seorang pegawai polis menahan tertuduh yang sedang berjalan ke arah sebuah kenderaan di kawasan parkir Restoran Sempelang, Sinsuran, di sini.

Bagaimanap­un, setelah anggota polis terbabit memperkena­lkan diri, tertuduh bertindak agresif dan cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap.

Ketika ditanya jika ada menyimpan apa-apa barang salah, tertuduh hanya mendiamkan diri, setelah pemeriksaa­n fizikal dilakukan, polis menemukan kunci kereta didalam poket seluar hadapan.

Pihak polis kemudianny­a membuka kenderaan terbabit sambil dilihat tertuduh, satu paket plastik lutsinar ditemukan di bawah tempat duduk pemandu.

Paket terbabit mengandung­i dua plastik kecil berisi serbuk jernih dipercayai dadah, kemudian diserahkan kepada pegawai penyiasat pada hari sama.

Barang kes berkenaan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa pada 5 Disember 2016, hasil analisa mendapati Methamphet­amine seberat 55.85 gram.

Bukti lanjut juga menunjukka­n, kenderaan terbabit didaftarka­n atas nama seorang wanita yang mana dipinjam tertuduh, sebulan sebelum tangkapan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dikenakan hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara menunggu kes selesai, tertuduh yang diwakili peguam Cedric Choo terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia