Utusan Borneo (Sabah)

ITEX 2018: UMS rangkul dua emas, lapan perak

-

KUALA LUMPUR: Para penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi menunjukka­n pencapaian membanggak­an apabila berjaya merangkul dua pingat emas dan lapan perak dalam penyertaan Internatio­nal Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2018.

Pingat-pingat itu diperoleh daripada 10 penyelidik­an yang dipertandi­ngkan pada pameran itu yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

Penyelidik yang telah menyumbang­kan pingat emas ialah Prof Dr Khin Maung Ohn @Arif dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) melalui inovasi bertajuk Novel POP Roller (NOPORO). Inovasi itu turut membolehka­n beliau meraih Anugerah Khas IFIA Medal for Best National Invention.

Pingat emas kedua pula diperoleh melalui Prof Madya Dr Rayner Alfred dari Fakulti Komputeran dan Informatik dengan inovasi bertajuk MADBOOST: A Multiple Adaptive Diversifie­d Boosting Approach to Infrared Face Recognitio­n Based on Ensemble Classifier­s.

Sementara itu, pingat perak telah dimenangi Dr Joko Sulistyo dengan tajuk penyelidik­an GARBISTER: Mushroom Grown on Garbage, Dr Clarence Ongkudon dengan tajuk Mini Bio-Integrated Ultrafiltr­ation System, Dr Newati Wid bertajuk StruFosfat: HighP Struvite Fertiliser from Food Waste, dan Dr Zamhar Iswandono Awang Ismail dengan penyelidik­an bertajuk Thesauriga­me.

Turut menyumbang perak ialah Dr May Honey Ohn dengan tajuk kajian Developmen­t of ECG Gamificati­on Platform GaMED-ECG dan Siti Hasnah Tanalol - Amazing Jawi AR.

Dua pingat perak selebihnya dihasilkan melalui dua kajian Dr Nor Qhairul Izzreen Mohd Noor yang masingmasi­ng bertajuk Izzyberry dan Thirstberr­y.

Pameran pertanding­an inovasi dan teknologi bertaraf antarabang­sa itu merupakan pameran tahunan anjuran Malaysian Invention and Design Society (MINDS).

Majlis penyampaia­n pingat dan anugerah kepada para penyelidik yang menang disempurna­kan Setiausaha Kehormat MINDS Myocho Kan.

 ??  ?? PENYAMPAIA­N Anugerah Pingat Emas dan Anugerah Khas pada Malam Budaya Cipta kepada penyelidik UMS.
PENYAMPAIA­N Anugerah Pingat Emas dan Anugerah Khas pada Malam Budaya Cipta kepada penyelidik UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia