Utusan Borneo (Sabah)

Kes bakar tahfiz: Hukuman dua beradik atas tuduhan dadah kekal

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Isnin mengekalka­n hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan terhadap dua beradik yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang meragut nyawa 23 penghuni termasuk dua wardennya atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Hakim Datuk Mohd Sofian AbdRazakme­mbuatkeput­usan itu selepas menolak rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Kanak-Kanak pada 28 Nov tahun lalu.

“Setelah menilai kesemua fakta, saya tidak berhasrat untuk mencampuri keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Majisret Kanak-Kanak kerana keputusan yang dibuat mengikut undang-undang dan fakta yang betul.

“Rayuan pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang merit, oleh itu rayuan ditolak. Keputusan Mahkamah Majistret Kanak-Kanak dikekalkan,” katanya.

Pada 28 Nov 2017, Majistret Zilfinaz Abbas menjatuhka­n hukuman penjara dua bulan terhadap dua beradik itu yang kini berusia 17 dan 18 tahun selepas masingmasi­ng mengaku bersalah memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan di tandas pejabat D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini kira-kira 11.35 pagi, 16 Sept 2017.

Mahkamah juga mengenakan bon RM5,000 setiap seorang tanpa cagaran selain diperintah melapor diri kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dua kali sebulan selama dua tahun dengan ditemani ibu mereka.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang @ Mamat berhujah bahawa Mahkamah Majistret telah terkhilaf apabila gagal mengambil kira cadangan laporan akhlak yang menyaranka­n kedua-dua remaja terbabit ditempatka­n di Sekolah Pemulihan Akhlak Henry Gurney, Melaka.

Peguam S. Preakas yang mewakili kedua-dua remaja pula berhujah bahawa alasan Mahkamah Majistret ketika menjatuhka­n hukuman telah mengambil kira kesemua faktor termasuk kepentinga­n awam.

“Seorang daripada anak guam saya akan akan menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala abangnya akan mengikuti kursus kulinari di Kolej Baitulmal tidak lama lagi.

“Saya yakin dua bulan penjara sudah mencukupi sebagai pengajaran kepada mereka,” katanya sambil menambah kedua-dua remaja lelaki itu kini sedang mengikuti program anjuran AADK.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia