Utusan Borneo (Sabah)

Janji 100 hari akan dilaksana

Shafie adakan perbincang­an dengan SKN

- - GambarBERN­AMA

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memulakan tugas hari pertama dengan mengadakan perbincang­an dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Sukiman.

“Alhamdulil­lah, hari ini saya panjatkan kesyukuran, atas izin Allah dapat saya buat pertama kali berada di pejabat Ketua Menteri Sabah. Mudah-mudahan mendapat kerjasama semua pihak bukan hanya daripada pegawai kerajaan negeri yang ada.

“Saya akan membuat beberapa taklimat untuk pertemuan dengan ketua jabatan dan semua perkhidmat­an awam bila masa mengizinka­n untuk membolehka­n saya memaklumka­n, menjelaska­n tentang hala tuju kerajaan negeri di bawah pimpinan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melapor tugas secara rasmi sebagai Ketua Menteri Sabah di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) di sini, Isnin.

Beliau tiba di PPNS pada 10.51 pagi dan selepas itu ke kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya.

Presiden Parti Warisan itu berkata penting bagi mereka (penjawat awam negeri dan persekutua­n) mengetahui hala tuju kerajaan negeri bagi membolehka­n mereka melaksanak­an dasar-dasar tersebut dan keupayaan mereka untuk menjalanka­nnya.

“Saya sedar dan tahu ia akan mengambil masa untuk mereka terjemahka­n ia menjadi kenyataan,”

“Alhamdulil­lah, hari ini saya panjatkan kesyukuran, atas izin Allah dapat saya buat pertama kali berada di pejabat Ketua Menteri Sabah. Mudah-mudahan mendapat kerjasama semua pihak bukan hanya daripada pegawai kerajaan negeri yang ada. ”

DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri Sabah

katanya.

Menurutnya beliau juga sudah meminta taklimat daripada Pesuruhjay­a Polis Sabah tentang keselamata­n.

Beliau berkata seperti yang dijanjikan pada Manifesto Parti Warisan ada beberapa pendekatan yang akan dilaksanak­an dalam jangka masa 100 hari.- Bernama

 ??  ?? KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditemubual pemberita sebaik memasuki Pejabat Ketua Menteri Sabah di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) pada Isnin.
KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditemubual pemberita sebaik memasuki Pejabat Ketua Menteri Sabah di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia