Utusan Borneo (Sabah)

Shafie tiba di PPNS untuk ke pejabat KM Sabah

- Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipeluk Anggota Dewan Undangan Negeri Tan jong Aru Jun z W ong sebaik tiba di kediaman rasmi beliau di Sri Gaya pada Isnin. Gambar BERNAMA

KOTA KINABALU: Ketua Menteri baharu Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS), pada Isnin.

PPNS merupakan bangunan menempatka­n pejabat ketua menteri Sabah turut dikawal ketat oleh anggota keselamata­n.

Mohd Shafie tiba di PPNS pada jam 10.51 pagi untuk ke pejabat ketua menteri setelah secara rasmi mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri pada Sabtu lepas.

Turut kelihatan menyambut ketibaan Mohd Shafie ialah Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau bersama dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Upko Ewon Benedict (Kadamaian) dan Datuk Abidin Madingkir (Paginatan).

Beberapa Adun BN yang dikatakan melompat ke Parti Warisan seperti Adun Tanjong Batu Datuk Hamisa Samat; Adun Sebatik Datuk Abdul Muis Picho dan Adun Kemabong Jamawi Jaafar turut kelihatan menanti ketibaan Mohd Shafie sejak 8 pagi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman turut berada di PPNS.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu lalu, Warisan memperoleh 21 kerusi DUN, manakala rakan-rakan Warisan daripada Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP memperoleh enam kerusi dan PKR dua kerusi.

Bagaimanap­un, jumlah kerusi DUN yang diperoleh Warisan dan rakan politiknya dalam PH sebanyak 29 kerusi belum mencapai majoriti mudah untuk membolehka­n parti itu membentuk kerajaan.

Berikutan tindakan enam Adun BN itu menyeberan­g ke parti Warisan, Warisan kini mempunyai kerusi 35 kerusi untuk membentuk kerajaan berasaskan majoriti mudah.- Bernama

 ??  ?? KETUA
KETUA
 ?? - GambarBERN­AMA ?? KETUA Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bergambar bersama barisan Anggota Dewan Undangan Negeri di kediaman rasmi beliau di Sri Gaya pada Isnin.
- GambarBERN­AMA KETUA Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bergambar bersama barisan Anggota Dewan Undangan Negeri di kediaman rasmi beliau di Sri Gaya pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia