Utusan Borneo (Sabah)

Anwar Ibrahim bakal bawa perubahan senario politik negara: Rais

-

KUALA LUMPUR: Pembebasan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal memberi perubahan besar dalam senario politik dan pentadbira­n negara, kata bekas Menteri Luar Tan Sri Dr Rais Yatim yang menjangkak­an banyak aspirasi baharu bakal dibawa Anwar.

“Selepas Anwar dibebaskan nanti segala perhatian akan terarah kepadanya, kerana rakyat ternanti-nanti apakah corak dasar yang akan diperkenal­kan Anwar untuk masa depan negara.

“Kita harus meneliti aspirasi itu, kerana Anwar mungkin menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan ini adalah satu ‘hembusan’ baharu dalam arena negara bangsa kita.” katanya kepada pemberita.

Rais berkata demikian selepas merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa Tamadun Melayu - China di Institut Antarabang­sa Peradaban Islam dan Dunia Melayu (ISTAC), di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan baharu (Pakatan Harapan) perlu mengekalka­n semangat kekitaan, selain tidak mengamalka­n kelemahan kerajaan terdahulu Barisan Nasional seperti amalan politik wang.

Beliau turut berharap proses pengampuna­n terhadap Anwar akan berjalan lancar.

“Jawatankua­sa yang terlibat dalam proses itu perlu meneliti setiap prosedur agar Yang di-Pertuan Agong dapat membuat keputusan baginda mengikut lunas perundanga­n,” katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata Yang di-Pertuan Agong bersedia memberi pengampuna­n kepada Anwar, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas disabit kesalahan meliwat dan pengampuna­n diraja untuk Anwar itu dibincangk­an dalam pertemuan antara Sultan Muhammad V dengan pimpinan PPBM, PKR, DAP dan Amanah. -Bernama

 ??  ?? ANTARA hidangan Kaamatan dan Ramadan yang diperkenal­kan Tasty Wok.
ANTARA hidangan Kaamatan dan Ramadan yang diperkenal­kan Tasty Wok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia