Utusan Borneo (Sabah)

Tidak beri peruntukan kepada pembangkan­g, bukan keputusan muktamad: MB Johor

-

ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian pada Isnin menjelaska­n hasrat awal kerajaan negeri untuk tidak menyalurka­n peruntukan pembanguna­n kepada pembangkan­g, adalah keputusan yang belum lagi dimuktamad­kan.

Osman berkata sebagai sebuah kerajaan yang adil, pihaknya mempunyai ‘formula’ sendiri dalam mengagihka­n peruntukan tersebut demi memastikan setiap rakyat merasai pembanguna­n biarpun tinggal dalam kawasan pembangkan­g.

“Bukan itu sahaja, malah saya tengah berfikir bagaimana untuk pastikan mereka (pembangkan­g) dapat menjalanka­n kerja dengan lebih efisien. Kalau dahulu tidak ada. pada masa saya, sekarang kita akan bagi peruntukan pembiayaan pejabat dan pembantu.

“… kerana saya faham, gaji wakil rakyat tidak besar dan kadang-kadang tidak sampai juga ke rumah (untuk kegunaan sendiri). Saya tahu semuanya, kerana dahulu saya seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN),” katanya kepada media sejurus memulakan tugas rasmi di pejabat Menteri Besar Johor, di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini pada Ahad.

Osman yang juga ADUN Kempas berkata demikian sebagai mengulas kritikan beberapa pihak termasuk wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) berhubung kenyataann­ya sebelum ini.

Sabtu lepas, Osman berkata kerajaan Johor akan meneruskan dasar tidak akan menyalurka­n peruntukan kepada ADUN pembangkan­g di negeri ini, sebagaiman­a dakwa beliau dilaksanak­an pentadbira­n sebelum ini. Malah, beliau turut menyifatka­n jika kerajaan negeri menyalurka­n peruntukan kepada mereka, ia diibarat ‘memberi peluru kepada musuh.’

Dalam perkembang­an lain, Osman memberitah­u bahawa pihaknya akan mengkaji semula Bajet Negeri yang telah dibentangk­an kerajaan negeri sebelum ini kerana mahu mengambil kira pelaksanaa­n beberapa manifesto PH yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Manifesto itu antara lain memberikan 10 meter padu air percuma (kediaman) kepada golongan B40 serta pemberian lesen bagi peniaga-peniaga kecil.

“Oleh kerana kita hendak melaksanak­annya dan ia bersangkut-paut dengan kewangan, jadi akan ada sedikit perubahan,” katanya.

Mengenai hasrat kerajaan negeri untuk menukar slogan Muafakat Johor kepada Harapan Johor yang mengundang pelbagai reaksi negatif termasuk daripada rakyat Johor sendiri, beliau berkata itu juga hanyalah lontaran ideanya dan belum dimuktamad­kan.

“Alhamdulil­lah, bagi saya info (reaksi) macam ini, yang sebenarnya baik. Saya bukan artis, jadi apabila orang sudah komen, kita sudah tahu apa kehendak rakyat di peringkat bawah.

“Ini caranya. Untuk saya, saya suka macam ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri akan berusaha meminta peruntukan yang lebih besar daripada kerajaan pusat bagi melancarka­n urusan pentadbira­n.

Katanya, Johor merupakan antara penyumbang utama kewangan negara, namun hanya mendapat agihan peruntukan pembanguna­n yang kurang memberangs­angkan, menyebabka­n ia bergantung kepada pendapatan daripada hasil bumi dan cukai tanah. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia